Connect with us

Antarabangsa

Tentera Israel bunuh tiga rakyat Palestin di Tebing Barat

Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat, semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Tentera Israel bunuh tiga rakyat Palestin di Tebing Barat
Foto: Rumah rosak susulan serbuan tentera Israel di kem Balata, Tebing Barat.
  • Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat, semalam.
  • Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataannya mengenal pasti tiga lelaki yang terbunuh di kem pelarian sebagai Balata di Nablus sebagai Muhammad Abu Zaytoun (32), Fathi Abu Rizk (30) dan Abdullah Abu Hamdan (24).
  • Briged Syuhada Al-Aqsa, sayap bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, berkata dalam satu kenyataan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah antara “pejuang” kumpulan itu.

BAITULMAQDIS: Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat, semalam.

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataannya mengenal pasti tiga lelaki yang terbunuh di kem pelarian sebagai Balata di Nablus sebagai Muhammad Abu Zaytoun (32), Fathi Abu Rizk (30) dan Abdullah Abu Hamdan (24).

Tentera Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Briged Syuhada Al-Aqsa, sayap bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, berkata dalam satu kenyataan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah antara “pejuang” kumpulan itu.

Tebing Barat diduduki oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967.

Hampir tiga juta rakyat Palestin tinggal di kawasan itu, bersama kira-kira 490,000 warga Israel di penempatan yang dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Insiden terbaru berlaku lebih seminggu selepas gencatan senjata Gaza berikutan konflik rentas sempadan lima hari antara Israel dan kumpulan Jihad Islam.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin, 20 warga Israel dan masing-masing warga Ukraine dan Itali terbunuh dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin.

Mangsa terkorban di pihak Palestin membabitkan pejuang dan orang awam dan di pihak Israel, tiga anggota minoriti Arab serta orang awam. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending