Connect with us

Antarabangsa

Tidak tahan dilayan seperti pelacur, wanita putuskan hubungan teman lelaki ‘hiperseksual’

Seorang wanita di Taiwan membuat satu hantaran di media sosial menceritakan pengalamannya dilayan seperti pelacur oleh teman lelakinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tak tahan dilayan seperti pelacur, wanita putuskan hubungan teman lelaki 'hiperseksual'
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang wanita di Taiwan membuat satu hantaran di media sosial menceritakan pengalamannya dilayan seperti pelacur oleh teman lelakinya.
  • Teman lelakinya sanggup membayar duit kepadanya untuk melakukan hubungan seksual.
  • Memetik laporan China Press, wanita itu mendedahkan pernah berbincang tentang onani dengan teman lelakinya dan lelaki itu berkata jarang melakukannya, malah bertanya, “Kenapa saya perlu beronani sedangkan saya ada kamu?”.
  • Teman lelakinya memberitahu dia tidak boleh “melakukannya sendiri” (onani) kerana kepercayaan agamanya dan berharap wanita itu dapat membantu melepaskan nafsunya.
  • Pengalaman wanita itu menarik perhatian dan respon netizen dengan ramai menzahirkan rasa simpati dan sokongan terhadapnya serta menasihatinya berpisah dengan lelaki jijik itu dan mencari lelaki lebih baik.

Seorang wanita di Taiwan membuat satu hantaran di media sosial menceritakan pengalamannya dilayan seperti pelacur oleh teman lelakinya.

Memetik laporan China Press, wanita itu mendedahkan dia pernah berbincang tentang onani dengan teman lelakinya dan lelaki itu berkata jarang melakukannya, malah bertanya, “Kenapa saya perlu beronani sedangkan saya ada kamu?”.

Masa berlalu, teman lelakinya semakin kerap meminta untuk melakukan hubungan seksual dan ini menyebabkan dia berasa sangat tidak selesa.

Wanita itu berkata teman lelakinya sanggup membayar duit kepadanya untuk melakukan hubungan seksual. 

Teman lelakinya memberitahu dia tidak boleh “melakukannya sendiri” (onani) kerana kepercayaan agamanya dan berharap wanita itu dapat membantu melepaskan nafsunya. 

Wanita itu sangat terkejut dan tertekan kerana teman lelakinya menggunakan agama untuk memeras ugutnya.

Pengalaman wanita itu menarik perhatian dan respon netizen dengan ramai menzahirkan rasa simpati dan sokongan terhadapnya serta menasihatinya berpisah dengan lelaki jijik itu dan mencari lelaki lebih baik.

Wanita malang itu mengatakan dia telah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.

Summer: China Press

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *