Connect with us

Antarabangsa

Singapura laksana hukum gantung seorang lagi pesalah dadah

Pihak berkuasa mengesahkan Singapura melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang lagi warga republik ini atas kesalahan mengedar dadah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Singapura laksana hukum gantung seorang lagi pesalah dadah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa mengesahkan Singapura melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang lagi warga atas kesalahan mengedar dadah.
  • Ia merupakan hukuman gantung kedua dilaksanakan negara itu dalam tempoh tiga minggu.
  • Menurut pegawai kumpulan hak asasi Transformative Justice Collective, Kokila Annamalai, disabitkan pada 2019 atas kesalahan mengedar kira-kira 1.5 kilogram (kg) ganja.
  • Sebelum ini, Singapura pernah melaksanakan hukuman mati terhadap seorang banduan bernama Tangaraju Suppiah.

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengesahkan Singapura melaksanakan hukuman gantung terhadap seorang lagi warga republik ini atas kesalahan mengedar dadah.

Ia merupakan hukuman gantung kedua dilaksanakan oleh negara itu dalam tempoh tiga minggu.

Menurut pegawai kumpulan hak asasi Transformative Justice Collective, Kokila Annamalai, lelaki itu disabitkan pada 2019 atas kesalahan mengedar kira-kira 1.5 kilogram (kg) ganja.

Jurucakap Kompleks Penjara Changi juga mengesahkan banduan yang menjalani hukuman itu merupakan warga Singapura yang berusia 36 tahun

“Lelaki itu sudah selesai menjalani hukuman mati pada hari ini di Kompleks Penjara Changi,” katanya.

Sebelum ini, Singapura pernah melaksanakan hukuman mati terhadap seorang banduan bernama Tangaraju Suppiah.

Tangaraju disabitkan pada tahun 2017 atas kesalahan bersubahat dalam konspirasi mengedar dadah jenis ganja seberat 7.9 gram.

Kuantiti itu adalah dua kali ganda berbanding jumlah minimum diperlukan bagi pelaksanaan hukuman mati di Singapura.

Sementara itu, Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB) dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya tidak akan mendedahkan nama dan identiti banduan tersebut sebagai menghormati kehendak keluarganya.

Singapura antara negara memiliki undang-undang berkaitan dadah yang paling ketat di dunia.

Malah, negara itu tetap bertegas hukuman mati merupakan langkah pencegahan berkesan untuk mengekang aktiviti pengedaran dadah.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *