Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Sembilan maut ditembak di sekolah

Lapan pelajar dan seorang pengawal keselamatan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah semalam, menurut Kementerian Dalam Negeri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sembilan maut ditembak di sekolah
Foto: Seorang ibu mengiringi anaknya selepas kejadian tembakan di sebuah sekolah di ibu negara Serbia.
  • Lapan pelajar dan seorang pengawal keselamatan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah semalam, menurut Kementerian Dalam Negeri Serbia.
  • Insiden itu menggegarkan negara Balkan, di mana kejadian tembakan di sekolah dan keganasan senjata api sangat jarang berlaku.
  • Tembakan berlaku pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan) di sebuah sekolah rendah di pusat bandar daerah Vracar.
  • “Lapan kanak-kanak dan seorang pengawal keselamatan terbunuh, manakala enam kanak-kanak dan seorang guru cedera.
  • “Anggota polis masih berada di lokasi kejadian dan sedang berusaha secara intensif untuk menjelaskan semua fakta dan keadaan yang membawa kepada tragedi ini,” kata kementerian itu.

BELGRADE, Serbia: Lapan pelajar dan seorang pengawal keselamatan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah sekolah semalam, menurut Kementerian Dalam Negeri.

Insiden itu menggegarkan negara Balkan, di mana kejadian tembakan di sekolah dan keganasan senjata api sangat jarang berlaku.

Tembakan berlaku pada jam 8.40 pagi (waktu tempatan) di sebuah sekolah rendah di pusat bandar daerah Vracar.

“Lapan kanak-kanak dan seorang pengawal keselamatan terbunuh, manakala enam kanak-kanak dan seorang guru cedera.

“Anggota polis masih berada di lokasi kejadian dan sedang berusaha secara intensif untuk menjelaskan semua fakta dan keadaan yang membawa kepada tragedi ini,” kata kementerian itu.

Presiden Daerah Vracar, Milan Nedeljkovic berkata pengawal keselamatan sekolah itu berkemungkinan menghalang lebih banyak kematian dengan meletakkan dirinya bagi menghalang lebih ramai ditembak.

Katanya, pengawal keselamatan itu mahu menghalang tragedi itu dan dia adalah mangsa pertama yang maut.

Terdahulu, kementerian itu memaklumkan, polis Serbia menahan seorang pelajar selepas insiden tembakan berkenaan.

“Polis menghantar pasukan dengan segera ke tempat kejadian dan menahan seorang suspek bawah umur yang disyaki terbabit dalam insiden.

“Dia adalah pelajar tahun tujuh yang disyaki melepaskan beberapa das tembakan dari pistol bapanya ke arah pelajar dan pengawal keselamatan sekolah,” katanya. – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *