Connect with us

Terkini

“Saya akan face-to-face dengan Tan Sri Muhyiddin,” – KJ bakal sertai PN?

Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima tawaran menyertai Perikatan Nasional (PN) atau tidak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

“Saya akan face-to-face dengan Tan Sri Muhyiddin,” - KJ bakal sertai PN?
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima tawaran menyertai Perikatan Nasional (PN) atau tidak.
  • “Kalau saya nak bagi jawapan pun saya akan bagi jawapan face-to-face dengan Tan Sri Muhyiddin. Sebab saya rasa itu cara yang paling tertib. Sebagai orang politik, kita mesti tertib.
  •  “Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak mengambil keputusan ini dengan ringan hanya semata-mata ada PRN dalam 2 bulan lagi untuk menjadi calon.” – Khairy Jamaluddin.
  • Beliau berkata demikian menerusi episod terkini Podcast Keluar Sekejap (KS) di Youtube hari ini.
  • Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN dan juga Presiden BERSATU menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy.

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin masih belum membuat keputusan sama ada mahu menerima tawaran menyertai Perikatan Nasional (PN) atau tidak.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, keputusan itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

“Kalau saya nak bagi jawapan pun saya akan bagi jawapan face-to-face dengan Tan Sri Muhyiddin. Sebab saya rasa itu cara yang paling tertib. Sebagai orang politik, kita mesti tertib,” katanya menerusi episod terkini Podcast Keluar Sekejap (KS) di Youtube hari ini.

Dalam episod kali ini, Khairy dilihat memakai baju Hot FM melambangkan yang beliau telah menandatangani kontrak bersama syarikat stesen radio itu.

Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada ramai pihak, termasuk penganalisis politik yang memberi nasihat kepadanya.

Beliau berkata segala nasihat itu akan difikirkannya untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.

“Tidak ramai ahli politik yang ada peluang untuk memilih parti politik buat kali kedua, tanpa melompat (parti).

“Ramai yang melompat (parti). Tetapi saya tak melompat, saya dipecat,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan yang beliau enggan terburu-buru membuat keputusan hanya kerana Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak mengambil keputusan ini dengan ringan hanya semata-mata ada PRN dalam 2 bulan lagi untuk menjadi calon.

Saya ingin pilih dengan rela hati kerana parti itu mewakili nilai saya dan pendirian politik saya. I need a bit of time”.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN dan juga Presiden BERSATU menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada Khairy.

Tawaran itu dikemukakan selepas Khairy dipecat daripada UMNO Januari lalu.

Menurut Muhyiddin, dia menawarkan jawatan itu selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan BERSATU, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *