Connect with us

Antarabangsa

Sami Buddha di Thailand pukul, bakar hingga mati 18 ekor kucing

Seorang sami Buddha di Thailand mengaku memukul hingga mati kucing-kucing yang diadopsinya melalui Facebook.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sami Buddha di Thailand pukul, bakar hingga mati 18 ekor kucing
Foto: Sami, Phra Phonnai Ketkaew (kiri).
  • Seorang sami Buddha di Thailand mengaku memukul hingga mati kucing-kucing yang diadopsinya melalui Facebook. 
  • Terdahulu, 18 bangkai kucing yang dibakar digali keluar dari belakang tempat tinggal sami itu di sebuah kuil di wilayah Chachoengsao.
  • Penemuan ngeri kekejaman ke atas haiwan itu dilaporkan Watchdog Thailand Foundation (WDT), sebuah NGO hak asasi haiwan.
  • Sami di kuil menggambarkan si pelaku, Phra Phonnai Ketkaew yang lebih dikenali sebagai Phra Kim, 23, membunuh haiwan terbabit dengan membungkusnya menggunakan jubah oren sami, yang dikenali juga sebagai “angsa,” dan berulang kali memukulnya ke tanah sehingga ia berhenti bergerak.
  • Kadangkala Phra Kim menggunakan jarum pencacah tatu untuk mencacah kulit kucing yang telah dipukul sehingga mati, kata saksi.

Seorang sami Buddha di Thailand mengaku memukul hingga mati kucing-kucing yang diadopsinya melalui Facebook.

Terdahulu, 18 bangkai kucing yang dibakar digali keluar dari belakang tempat tinggal sami itu di sebuah kuil di wilayah Chachoengsao.

Penemuan ngeri kekejaman ke atas haiwan itu dilaporkan Watchdog Thailand Foundation (WDT), sebuah NGO hak asasi haiwan, demikian lapor portal The Thaiger.

Pelaku adalah sami dari Wat Traisoranakhom iaitu Phra Phonnai Ketkaew, 23, juga dikenali sebagai Phra Kim, menghubungi seseorang bernama Panipa Kongrod melalui Facebook dan meminta ‘mengadopsi’ empat ekor kucingnya yang sedang mencari tuan baru.

Panipa kemudian membawa kucing-kucing itu ke kuil dan terkejut apabila sami-sami di situ memberi amaran agar dia tidak meninggalkan haiwan peliharaannya bersama Phra Kim.

Mereka memberitahu bahawa sami itu tidak mencintai haiwan dan mereka melihat dia memukul sekurang-kurangnya lima ekor kucing hingga mati sebelum membakarnya.

Sami di kuil itu menyatakan Phra Kim mengadopsi kucing sejak menjadi sami dua tahun lalu tetapi kesemua haiwan itu menghilang.

Mereka menganggarkan sami itu telah mengadopsi 80 ekor kucing secara keseluruhan, lapor ThaiRath.

Terdahulu, pegawai dari Watchdog Thailand melawat kuil itu dan menyelamatkan dua kucing, iaitu mangsa Phra Kim yang seterusnya, dari tempat tinggalnya, sebelum mereka menemui bangkai 18 kucing yang dibakar dan ditanam di belakang rumahnya, lapor KhaoSod.

Polis membawa Phra Kim ke Balai Polis Bang Pakong untuk disoal siasat sebaik mendengar penemuan mengejutkan itu.

Polis memeriksa kuartersnya dan menemui kesan darah di lantai kayu, jubah oren dengan kesan darah, sangkar kucing, katil kucing dan makanan kucing.

Polis juga mendakwanya atas kesalahan melakukan kekejaman terhadap haiwan.

Sami di kuil menggambarkan Phra Kim membunuh kucing-kucing terbabit dengan membungkusnya menggunakan jubah oren sami, yang dikenali juga sebagai “angsa,” dan berulang kali memukulnya ke tanah sehingga ia berhenti bergerak.

Kadangkala Phra Kim menggunakan jarum pencacah tatu untuk mencacah kulit kucing yang telah dipukul sehingga mati, kata sami-sami itu yang menjadi saksi kejadian.

Sami-sami juga turut menyatakan Phra Kim akan menunjukkan kepada sami-sami yang lain apa yang dia lakukan sebelum membakar bangkai kucing di belakang kediamannya.

Ketua sami di kuil itu, Phra Kru Pitaktham Sophon, 64, berkata dia tidak mengetahui tentang sifat bengis Phra Kim terhadap binatang.

Phra Kim telah menjadi sami selama dua tahun, kata ketua sami itu yang turut menegaskan adalah sangat tidak wajar bagi Phra Kim mengenakan jubah kuning cempaka seorang sami.

Sumber: The Thaiger

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *