Connect with us

Terkini

Perbicaraan kes AMLA Rosmah ditangguh Ogos depan

Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, ditangguhkan ke Ogos depan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perbicaraan kes AMLA Rosmah ditangguh Ogos depan
Foto: Datin Seri Rosmah Mansor.
  • Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, ditangguhkan ke Ogos depan.
  • Keputusan itu dibuat Hakim, K Muniandy selepas membenarkan permohonan daripada peguam, Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah.
  • Geethan memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya telah membuat permohonan bagi menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, ditangguhkan ke Ogos depan.

Keputusan itu dibuat Hakim, K Muniandy selepas membenarkan permohonan daripada peguam, Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah.

Geethan memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya telah membuat permohonan bagi menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Menurut Geethan, pihaknya menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu minggu lalu.

“Dalam dokumen berkenaan, kami telah membangkitkan beberapa fakta daripada perbicaraan kes projek hibrid solar yang turut dihadapi Rosmah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengesahkan, representasi telah diterima pada tarikh yang dinyatakan pihak pembelaan.

“Kami memohon sekurang-kurangnya dua bulan untuk membuat persediaan kerana mereka telah menaikkan perkara baharu iaitu isu perundangan yang serius.

“Oleh itu, pihak pendakwaan belum bersedia untuk memulakan prosiding hari ini,” katanya.

Sehubungan itu, Muniandy menangguhkan prosiding yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 dan 30 Jun, 6, 7, 28 dan 31 Julai serta 1, 2, 11 Ogos.

“Pada tarikh itu, semua pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai status representasi, sama ada diterima atau ditolak.

“Sekiranya ditolak, mahkamah akan meneruskan perbicaraan sebagai mana yang dijadualkan,” katanya yang kemudiannya menetapkan prosiding bersambung 24 Ogos depan.

Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Pendengaran rayuan itu akan didengar bermula 11 hingga 14 Julai ini.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *