Connect with us

Terkini

Pegawai kebajikan diarah tunjuk sebab ambil anak daripada bapa

Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Rompin kerana mengambil seorang kanak-kanak daripada bapanya yang mempunyai hak penjagaan sah.

Wartawan TMT

Published

on

Pegawai kebajikan diarah tunjuk sebab ambil anak daripada bapa
Foto: Kompleks Mahkamah Kuantan.
  • Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Rompin kerana mengambil seorang kanak-kanak daripada bapanya yang mempunyai hak penjagaan sah.
  • Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu terbabit dalam kes perebutan hak penjagaan yang sedang dibicarakan di hadapan hakim yang sama.
  • Gene Anand Vendargon, anggota pasukan guaman mewakili bapa berusia 43 tahun itu berkata, notis tunjuk sebab dikeluarkan pada Isnin.
  • Hakim Zainal Azman Abdul Aziz mahu pegawai menjelaskan mengapa mereka mengambil kanak-kanak itu walaupun jabatan itu tahu mahkamah telah membenarkan permohonan habeas corpus oleh lelaki itu Khamis lepas.

PETALING JAYA: Hakim Mahkamah Tinggi di Kuantan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Rompin kerana mengambil seorang kanak-kanak daripada bapanya yang mempunyai hak penjagaan sah.

Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu terbabit dalam kes perebutan hak penjagaan yang sedang dibicarakan di hadapan hakim yang sama.

Gene Anand Vendargon, anggota pasukan guaman mewakili bapa berusia 43 tahun itu berkata, notis tunjuk sebab dikeluarkan pada Isnin.

Hakim Zainal Azman Abdul Aziz mahu pegawai menjelaskan mengapa mereka mengambil kanak-kanak itu walaupun jabatan itu tahu mahkamah telah membenarkan permohonan habeas corpus oleh lelaki itu Khamis lepas.

Bapa itu, seorang penoreh getah dan nelayan, dipertemukan semula dengan anaknya selepas tujuh bulan terpisah.

Mahkamah telah menetapkan Khamis ini untuk pegawai jabatan itu hadir memberikan penjelasan di hadapan hakim.

“Kami akan berada di sana untuk mewakili lelaki itu semasa prosiding tunjuk sebab,” kata Vendargon kepada FMT.

Beliau berkata, pegawai terbabit pergi ke rumah lelaki itu, di penempatan Orang Asli di Rompin, pada Ahad dan mengambil kanak-kanak itu berdasarkan peruntukan dalam Akta Kanak-Kanak.

Katanya, ibu kanak-kanak itu, yang berusia 36 tahun, membuat laporan polis mendakwa kanak-kanak itu didera.

Majistret Pekan Wahidah Zainal Abidin semalam menolak permohonan jabatan itu untuk mendapatkan hak penjagaan sementara ke atas kanak-kanak itu.

“Pegawai mengemukakan kanak-kanak itu di hadapan majistret di Pekan untuk mendapatkan perintah jagaan sementara tetapi tidak dibenarkan,” kata Vendargon, yang hadir bersama S Kumeraselvam mewakili si bapa semasa prosiding.

Kanak-kanak itu kemudiannya diserahkan kepada bapanya.

Kanak-kanak itu anak kepada pasangan Orang Asli dan menurut sijil kelahirannya, tidak menganut mana-mana agama.

Vendargon berkata, pasangan itu bercerai mengikut amalan dan budaya suku Orang Asli, tetapi kanak-kanak itu berada bawah jagaan bapanya.

Pada Oktober tahun lepas, si ibu yang memeluk agama Islam telah mengambil anak tersebut tanpa pengetahuan mahupun keizinan bapanya.

Vendargon berkata, si ibu mendakwa bahawa kanak-kanak itu juga telah menukar agama, namun ini dipertikaikan.

Sumber: Free Malaysia Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tunggakan RM14.04 juta, Prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan – LKAN

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.
  • Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.
  • UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Menurut Bernama, daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.

Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.

Menjawab isu hutang tersebut , UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

LKAN dalam laporan tersebut turut menyentuh bilangan pelajar tempatan dan luar negara yang berdaftar di UIAM adalah kurang berbanding penawaran bagi tempoh 2020 hingga Julai 2023.

Ia melibatkan penawaran bagi peringkat pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, dengan hanya 25,939 pelajar tempatan berdaftar daripada 39,322 tawaran dikeluarkan, manakala bagi pelajar luar negara, 1,701 pelajar berdaftar berbanding 3,808 tempat ditawarkan.

“Prestasi pengambilan pelajar kurang memuaskan. Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus. Justeru, pendapatan daripada yuran pengajian tidak dapat menampung perbelanjaan operasi UIAM,“ menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

UIAM dalam maklum balasnya menyatakan pendaftaran kurang dari penawaran adalah disebabkan calon turut menerima tawaran daripada institusi lain yang menawarkan tajaan biasiswa dalam dan luar negara, manakala peratusan pendaftaran pelajar luar negara yang rendah kerana penularan pandemik COVID.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending