Antarabangsa
Lelaki trans cederakan pemain wanita dalam kelab hoki padang wanita
Peguam bela hak wanita melahirkan kebimbangan selepas mengetahui seorang lelaki transgender bermain dalam pasukan hoki padang wanita di Scotland.

- Peguam bela hak wanita melahirkan kebimbangan selepas didedahkan seorang lelaki trans yang baru sahaja bertukar bermain dalam pasukan hoki padang wanita di Scotland.
- Menurut laporan Reduxx, perkara tersebut diketahui dan pemain itu didakwa mencederakan pemain wanita muda pada perlawanan awal tahun ini.
- Pada 6 Mei lalu, Kelab Hoki Monarch berkongsi foto di media sosial menunjukkan pasukan wanita mereka selepas memenangi trofi kedua dalam masa seminggu.
Peguam bela hak wanita melahirkan kebimbangan selepas mengetahui seorang lelaki transgender bermain dalam pasukan hoki padang wanita di Scotland.
Menurut laporan Reduxx, pemain itu didakwa mencederakan pemain wanita muda pada perlawanan awal tahun ini.
Pada 6 Mei lalu, Kelab Hoki Monarch berkongsi foto di media sosial menunjukkan pasukan wanita mereka selepas memenangi trofi kedua dalam masa seminggu.
Dalam foto itu, seorang lelaki dikenal pasti sebagai trans dapat dilihat dalam kalangan wanita pasukan campuran umur tersebut.
Foto tersebut dikongsi St. Andrew’s Radical Feminists melalui halaman Facebook yang dikendalikan pelajar perempuan tanpa nama di Universiti St Andrew di Scotland.
Kumpulan itu melahirkan kebimbangan mengenai keselamatan pemain wanita dalam pasukan tersebut serta keadilan dalam sukan itu.

Foto: Kelab Hoki Monarchs.
“Seorang lelaki boleh menukar namanya tetapi entah bagaimana boleh menjadikannya sebagai seorang ‘wanita.
“Adakah ini adil kepada wanita lain dalam pasukan lawan?
“Adakah pasukan wanita Universiti St. Andrews ok bermain menentang lelaki?
“Kami tidak buta,” kata penyokong hak wanita itu di Facebook.
Reduxx juga mengesahkan identiti pemain yang dikenalpasti trans sebagai Greg MacDonald adalah bekas pelajar Universiti St. Andrews.
Selain itu, Greg juga pernah bermain dalam pasukan hoki lelaki Universiti dan kini dikenali sebagai ‘Anna’ di media sosial.
Walaubagaimanapun, tidak jelas megapa Greg menjalani sebarang rawatan hormon seks silang.
Namun, panduan rasmi dari Scottish Hockey (SH), badan induk sukan itu, secara jelas menyatakan penyertaan dalam pasukan harus berdasarkan sepenuhnya pada pengenalan diri jantina.
“Hoki adalah sukan tidak bersentuhan dan SH mengenakan sekatan bagi pertandingan hoki lelaki, campuran dan wanita.
“Oleh itu, tiada bukti kebimbangan keselamatan bagi mana-mana lelaki atau perempuan trans yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan hoki yang dibenarkan, dalam latihan atau hoki persahabatan/rekreasi.
“Sehubungan itu, anda harus menerima individu dalam jantina yang mereka pilih dan pengesahan identiti mereka seharusnya tidak lebih daripada itu,” kata panduan tersebut.
Sumber: Reduxx
