Antarabangsa
Lelaki 70-an rogol anak jiran bawah umur
Pada 21 Mei lalu, wartawan Beijing Youth Daily menerima laporan seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah kampung di Guangdong disyaki dirogol seorang lelaki berusia 70-an dari kampung sama.
- Seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah kampung di Guangdong, China, disyaki dirogol seorang lelaki berusia 70-an dengan nama gelaran Long dari kampung sama.
- Perkara itu terdedah apabila bapa mangsa mendapati terdapat kesan darah di dalam seluar dalam anak perempuannya dan anak lelakinya memberitahu, “ada orang memberi duit belanja kepada kakak”.
- Tertuduh dikenali sebagai Long cuba memberi duit kepada bapa mangsa agar merahsiakan perkara itu.
- Setelah tertuduh ditahan polis, dia mengaku terdapat tiga lagi rakan subahat dalam perbuatan menjijikkan itu.
Guangdong, China – Pada 21 Mei lalu, wartawan Beijing Youth Daily menerima laporan seorang gadis berusia 13 tahun di sebuah kampung di Guangdong disyaki dirogol seorang lelaki berusia 70-an dari kampung sama.
Pihak polis menahan suspek terbabit. Setelah suspek dengan nama gelaran Long direman, polis berjaya menangkap dua lagi suspek dengan suspek keempat masih diburu.
Menurut laporan Beijing Youth Daily, bapa mangsa mendapati terdapat kesan darah di dalam seluar dalam anak perempuannya.
Pada mulanya, dia menganggap itu adalah darah haid.
Namun bapa mangsa mula curiga apabila anak lelakinya memberitahu, “ada orang memberi duit belanja kepada kakak”.
Setelah lelaki itu melihat rekod perbualan antara anak perempuannya dengan tertuduh di dalam telefon bimbit, barulah dia menyedari anak perempuannya telah dirogol.
Bapa mangsa cuba bersemuka dengan Long yang juga merupakan jirannya.
Pada mulanya, Long cuba memberi duit kepada bapa mangsa agar merahsiakan perkara itu, tetapi bapa mangsa memutuskan untuk membuat laporan polis.
Setelah insiden itu, anak perempuannya menjadi panas baran, malah memberitahu rakan sekelasnya dia ingin membunuh diri.
Bapa mangsa berkata “saya juga ingin membawanya ke hospital untuk berjumpa dengan pakar psikiatri, tetapi saya tidak mempunyai wang dan berada dalam kesulitan”.
Setelah tertuduh ditahan polis, dia mengaku terdapat tiga lagi rakan subahatnya. Dua lagi turut ditahan, namun suspek keempat melarikan diri.
Sumber: Beijing Youth Daily