Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Lebih 14 juta pekerjaan bakal hilang lima tahun akan datang

Gangguan besar dijangka berlaku pada pasaran pekerjaan global dalam tempoh lima tahun akan datang apabila ekonomi menjadi lemah dan ba­nyak syarikat meningkatkan penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI), lapor portal be­rita CNN kelmarin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 14 juta pekerjaan bakal hilang lima tahun akan datang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Gangguan besar dijangka berlaku pada pasaran pekerjaan global dalam tempoh lima tahun akan datang apabila ekonomi menjadi lemah dan ba­nyak syarikat meningkatkan penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI).
  • Penemuan mengenainya di­bentangkan dalam Forum Eko­nomi Dunia (WEF) menerbitkan laporan tersebut ber­dasarkan tinjauan melibatkan lebih 800 syarikat.
  • Forum tahunan menghimpunkan pemimpin global di Davos, Switzerland itu mendapati bahawa majikan dijangka mewujudkan 69 juta pekerjaan baharu menjelang 2027 dan menghapuskan 83 juta jawatan lain.
  • Jangkaan itu akan mengakibatkan kehilangan sebanyak 14 juta pekerjaan, bersamaan dua peratus pekerjaan semasa.

LONDON – Gangguan besar dijangka berlaku pada pasaran pekerjaan global dalam tempoh lima tahun akan datang apabila ekonomi menjadi lemah dan ba­nyak syarikat meningkatkan penggunaan teknologi kepintaran buatan (AI), lapor portal be­rita CNN kelmarin.

Penemuan mengenainya di­bentangkan dalam Forum Eko­nomi Dunia (WEF) yang menerbitkan laporan tersebut ber­dasarkan tinjauan melibatkan lebih 800 syarikat.

Forum tahunan yang menghimpunkan pemimpin global di Davos, Switzerland itu mendapati bahawa majikan dijangka mewujudkan 69 juta pekerjaan baharu menjelang 2027 dan menghapuskan 83 juta jawatan lain.

Jangkaan itu akan mengakibatkan kehilangan sebanyak 14 juta pekerjaan, bersamaan dua peratus pekerjaan semasa.

Banyak faktor akan memberi impak kepada pergolakan pasaran buruh dalam tempoh tersebut.

Peralihan kepada sistem tenaga boleh diperbaharui bakal menjadi ‘enjin’ berkuasa yang akan menjana peluang pekerjaan, namun pertumbuhan ekonomi perlahan dan kenaikan kadar inflasi pula akan akan mendorong kerugian.

Bagaimanapun, laporan sama menyatakan, pelaksanaan secara tergesa-gesa penggunaan AI akan memberikan kesan positif dan negatif.

Banyak syarikat diramal memerlukan pekerja baharu untuk membantunya melaksanakan dan menguruskan AI.

Menurut WEF, pengambilan penganalisis, saintis data, pakar pembelajaran mesin dan pakar keselamatan siber diramalkan meningkat secara purata seba­nyak 30 peratus menjelang 2027.

Pada masa yang sama, pertambahan AI akan menyaksikan banyak pekerjaan berisiko hilang kerana robot akan menggantikan manusia.

Dijangka sekitar 26 pekerjaan melibatkan penyimpanan rekod dan pentadbiran akan digantikan oleh AI menjelang 2027, kata WEF, manakala pekerjaan se­perti kerani kemasukan data dan setiausaha eksekutif dijangka mengalami kesan paling teruk.

Namun, automasi berkembang lebih perlahan daripada jangkaan awal pada dekad ini de­ngan organisasi-organisasi yang ditinjau oleh WEF meng­anggarkan bahawa 34 peratus daripada semua tugas berkaitan perniagaan kini dilakukan oleh mesin.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *