Terkini
Isu kalimah Allah: Tarik rayuan elak mahkamah terus bercanggah keputusan Majlis Raja-Raja Melayu
Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah bertujuan mengelak sebarang keputusan dibuat berterusan bercanggah dengan apa yang diputuskan Majlis Raja-Raja Melayu.
- Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah bertujuan mengelak sebarang keputusan dibuat berterusan bercanggah dengan apa yang diputuskan Majlis Raja-Raja Melayu.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penarikan rayuan itu memberi ruang kepada kerajaan untuk menambah baik semua aspek, malah ia juga selaras pandangan serta nasihat Peguam Negara.
- “Peguam negara berpendapat rayuan (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi) bertentangan dengan (keputusan berkaitan kalimah Allah yang dibuat) Majlis Raja-Raja Melayu. Peguam Negara (juga berpendapat) kes lemah kerana peraturan dibuat KDN (Kementerian Dalam Negeri).
- “Justeru, keputusan dibuat atas pandangan untuk perkemas. (Jika) kita buat (teruskan rayuan) kes (akan) bangkit lagi (di mahkamah kerana kes lemah).
- “(Jadi) kita tamatkan dengan pinda supaya tak ada kes lagi. Ini jelas satu kekuatan, apa (yang) lemahnya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.
KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah bertujuan mengelak sebarang keputusan dibuat berterusan bercanggah dengan apa yang diputuskan Majlis Raja-Raja Melayu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penarikan rayuan itu memberi ruang kepada kerajaan untuk menambah baik semua aspek, malah ia juga selaras pandangan serta nasihat Peguam Negara.
“Peguam negara berpendapat rayuan (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi) bertentangan dengan (keputusan berkaitan kalimah Allah yang dibuat) Majlis Raja-Raja Melayu. Peguam Negara (juga berpendapat) kes lemah kerana peraturan dibuat KDN (Kementerian Dalam Negeri).
“Justeru, keputusan dibuat atas pandangan untuk perkemas. (Jika) kita buat (teruskan rayuan) kes (akan) bangkit lagi (di mahkamah kerana kes lemah).
“(Jadi) kita tamatkan dengan pinda supaya tak ada kes lagi. Ini jelas satu kekuatan, apa (yang) lemahnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.
Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), Perdana Menteri mengesahkan penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan baginda memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan dibuat Majlis Raja-Raja Melayu.
Sumber: Berita Harian