Terkini
Isu kalimah Allah: Keharmonian lebih penting dari soal menegakkan hak – Mat Sabu
Keharmonian dalam masyarakat di Malaysia adalah lebih penting daripada soal menegakkan hak masing-masing berhubung polemik isu kalimah Allah.
- Keharmonian dalam masyarakat di Malaysia adalah lebih penting daripada soal menegakkan hak masing-masing berhubung polemik isu kalimah Allah.
- Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mohamad Sabu berkata, sejak sebelum merdeka, masyarakat di negara ini hidup harmoni apabila setiap kaum dan agama mengetahui dan menghormati ‘pantang larang’ antara satu sama lain.
- “Kalau ada unsur baru nak masuk cara hitam putih bertulis, tak apalah itu dari sudut rights dan sebagainya, bagi saya, keharmonian kesefahaman, keterjalinan persahabatan, itu lebih penting daripada mengatakan, ‘ini hak kami’, ‘ini hak aku’ daripada kita menegakkan perkara-perkara seperti itu.
- “Oleh itu, sebarang perkara baharu yang dimasukan ataupun perkara-perkara lama yang dikenali satu sama lain jangan kita cuba usik keharmonian ini,” katanya dalam Youtube Mohamad Sabu berhubung isu kalimah Allah yang menjadi polemik susulan tindakan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes sensitif itu.
KUALA LUMPUR — Keharmonian dalam masyarakat di Malaysia adalah lebih penting daripada soal menegakkan hak masing-masing berhubung polemik isu kalimah Allah.
Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mohamad Sabu berkata, sejak sebelum merdeka, masyarakat di negara ini hidup harmoni apabila setiap kaum dan agama mengetahui dan menghormati ‘pantang larang’ antara satu sama lain.
Katanya, beliau tidak senang sekiranya ada unsur baharu dalam masyarakat hingga memecahkan keharmonian dinikmati ketika ini.
“Kalau ada unsur baru nak masuk cara hitam putih bertulis, tak apalah itu dari sudut rights dan sebagainya, bagi saya, keharmonian kesefahaman, keterjalinan persahabatan, itu lebih penting daripada mengatakan, ‘ini hak kami’, ‘ini hak aku’ daripada kita menegakkan perkara-perkara seperti itu.
“Oleh itu, sebarang perkara baharu yang dimasukan ataupun perkara-perkara lama yang dikenali satu sama lain jangan kita cuba usik keharmonian ini,” katanya dalam Youtube Mohamad Sabu berhubung isu kalimah Allah yang menjadi polemik susulan tindakan Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes sensitif itu.
Mohamad Sabu memetik budaya masyarakat Cina di Kelantan yang ada di antara mereka terbiasa menyebut beberapa perkataan seperti ‘masyaallah’, ‘alhamdulillah’ dan ‘insyallah’.
“Adakah bila mereka menyebut insyaallah itu mereka menghina Islam? Sebab itu sudah menjadi culture kepada mereka,” katanya yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Mengulas lanjut, beliau berkata rakan-rakan bukan Islamnya tidak akan minum minuman keras di hadapannya sekalipun mereka ‘kaki minum’, sebaliknya kelompok ini akan memilih untuk minum bersama kumpulan mereka.
Katanya, kelompok ini boleh sahaja minum arak di hadapan beliau kerana itu hak mereka, namun tetap perkara itu tidak dilakukan.
“Kalau mereka nak katakan this is my right, untuk nak minum. Ini agama kami izinkan dia boleh minum di hadapan saya tapi sudah menjadi satu budaya, adat, pantang larang, hormat menghormati mereka tidak minum minuman keras di hadapan saya.
“Inilah yang berlaku di Malaysia selama ini sebab itu bila ada mana-mana mereka yang mengatakan mereka berhak menggunakan nama Allah dan sebagainya itu pergi ke soal hak dan hukum,” katanya. — The Merdeka Times
Sumber: Youtube Mohamad Sabu