Connect with us

Antarabangsa

Israel adakan mesyuarat Kabinet dalam terowong digali di bawah Masjidil Aqsa

Rakyat Palestin marah dengan tindakan kerajaan Israel mengadakan mesyuarat Kabinet mingguan pada 21 Mei lalu di dalam terowong yang digali di bawah Masjid Al-Aqsa.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Israel adakan mesyuarat Kabinet dalam terowong digali di bawah Masjidil Aqsa
Foto: Kerajaan Israel ketika sedang bermesyuarat Kabinet.
  • Rakyat Palestin marah dengan tindakan kerajaan Israel yang mengadakan mesyuarat Kabinet mingguan pada 21 Mei lalu di dalam terowong yang digali di bawah Masjid Al-Aqsa.
  • Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh pada Selasa lalu menyeru UNESCO mengambil perhatian terhadap kerja-kerja penggalian Israel di Baitulmaqdis Timur.
  • Israel menggali di bawah Al-Aqsa selama beberapa dekad sebagai sebahagian pencariannya yang samar dan bermotifkan sejarah untuk mencari “Kuil Solomon” iaitu usaha untuk mewajarkan penggalian itu melalui arkeologi.
  • Rakyat Palestin bimbang penggalian terowong itu akan mendedahkan Al-Aqsa kepada risiko keruntuhan sekiranya berlaku gempa bumi.

RAMALLAH: Rakyat Palestin marah dengan tindakan kerajaan Israel mengadakan mesyuarat Kabinet mingguan pada 21 Mei lalu di dalam terowong yang digali di bawah Masjid Al-Aqsa.

Perdana Menteri Palestin  Mohammad Shtayyeh pada Selasa (23 Mei 2023) menyeru UNESCO mengambil perhatian terhadap kerja-kerja penggalian Israel di Baitulmaqdis Timur.

Menurut laporan Arab News, Israel menggali di bawah Al-Aqsa selama beberapa dekad sebagai sebahagian pencariannya yang samar dan bermotifkan sejarah untuk mencari “Kuil Solomon” iaitu usaha untuk mewajarkan penggalian itu melalui arkeologi.

Bagaimanapun selepas bertahun-tahun menggali, warga Israel yang mendakwa boleh menjejaki warisan mereka di bumi Palestin, tidak menemui apa-apa yang mengaitkan sejarah mereka dengan wilayah Al-Aqsa.

Dalam pada itu, rakyat Palestin bimbang penggalian terowong itu akan mendedahkan Al-Aqsa kepada risiko keruntuhan sekiranya berlaku gempa bumi.

Jurucakap Kerajaan Palestin, Ibrahim Melhem memberitahu Arab News bahawa mesyuarat Kabinet di bawah Al-Aqsa “tidak memberi Israel legitimasi untuk mengawal dan memiliki masjid atau Baitulmaqdis Timur.”

Ibrahim berkata kerajaan Palestin meminta UNESCO menghantar pakar dan perwakilan untuk meneliti bahaya mengancam masjid itu.

“Pelampau Israel tidak menyembunyikan niat mereka untuk merobohkan masjid paling suci untuk mendirikan Kuil Solomon di atas keruntuhannya.

“Dengan menyasarkan Al-Aqsa, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang  menghadapi protes pembangkang yang meluas, bertindak balas terhadap pemerasan sekutu pelampaunya, terutama Menteri Keselamatan Dalam Negeri Itamar Ben-Gvir,” kata Ibrahim.

Rakyat Palestin juga memberi amaran penyasaran Masjid Al-Aqsa akan mengubah konflik Israel-Palestin daripada politik kepada agama dan mengheret wilayah itu ke dalam lingkaran keganasan.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *