Connect with us

Terkini

Ilmu bahasa, sastera tidak harus dilupakan – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam era yang dikuasai digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI), aspek ketamadunan seperti ilmu bahasa dan sastera tidak harus dilupakan kerana ia merupakan kekuatan nilai dan akhlak sesebuah masyarakat.

Wartawan TMT

Published

on

Ilmu bahasa, sastera tidak harus dilupakan – PM
Foto: A. Samad Said (kiri) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam era dikuasai digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI), aspek ketamadunan seperti ilmu bahasa dan sastera tidak harus dilupakan kerana ia merupakan kekuatan nilai dan akhlak sesebuah masyarakat.
  • Beliau berkata negara juga tidak boleh berkembang tanpa pembinaan tamadun.
  • “Dalam mengangkat martabat bangsa, ya ekonomi masih asas penting. Tetapi kita bicara soal kalau (pembangunan) karamah insaniah tentulah pada ilmu, akhlak dan budaya,” katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini semalam.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam era yang dikuasai digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI), aspek ketamadunan seperti ilmu bahasa dan sastera tidak harus dilupakan kerana ia merupakan kekuatan nilai dan akhlak sesebuah masyarakat.

Beliau berkata negara juga tidak boleh berkembang tanpa pembinaan tamadun.

“Kita kan manusia. Manusiawi itu tidak mampu dibentuk dengan hanya kerangka teknologi digitalisasi, ia dibentuk dengan pembangunan bangsa dan budaya.

“Dalam mengangkat martabat bangsa, ya ekonomi masih asas penting. Tetapi kita bicara soal kalau (pembangunan) karamah insaniah tentulah pada ilmu, akhlak dan budaya,” katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini semalam.

Pada majlis yang membincangkan tajuk “Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia”, Anwar berkata wancana ilmiah seumpamanya harus diperluaskan bagi membina tamadun dan mengangkat martabat masyarakat Malaysia Madani.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Datuk Seri Dr Awang Sariyan.

Dalam ucaptamanya, Perdana Menteri menyifatkan Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil sebagai seorang yang sangat mementingkan keperluan islah serta pemikiran baharu dalam kalangan masyarakat Melayu yang dinamik dan progresif.

“Dalam antara pertemuan akhir saya dengan beliau sebelum beliau sakit, beliau kata Anwar kita kena pusing sekali lagi dan bicara soal Melayu dan Islam, kefahaman yang lebih progresif, merujuk kepada keperluan pembaharuan.

“Beliau ada menulis memberikan rangka-rangka bagaimana kita boleh melatih anak-anak muda supaya dapat memanfaatkan kefahaman ini,” kata Anwar.

Allahyarham Siddiq yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) meninggal dunia pada 31 Ogos 2021.

Selain pernah diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi 2018, Allahyarham juga dilantik Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia dan Pengerusi Institut Darul Ehsan.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Tunggakan RM14.04 juta, Prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan – LKAN

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.
  • Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.
  • UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam mendapati prestasi kutipan yuran pengajian UIAM kurang memuaskan dengan tunggakan berjumlah RM14.04 juta yang melebihi 180 hari masih belum berjaya dikutip setakat 31 Julai 2023.

Menurut Bernama, daripada jumlah itu, pelajar luar negara tanpa tajaan merekodkan hutang tertinggi iaitu 5,016 orang dengan tunggakan berjumlah RM9.17 juta manakala penghutang pelajar luar negara dengan tajaan seramai 531 orang dengan jumlah RM1.12 juta.

Bagi pelajar tempatan, jumlah penghutang ialah 13,613 orang dengan jumlah keseluruhan RM3.75 juta melibatkan 10,176 pelajar tanpa tajaan manakala bakinya mendapat tajaan.

Menjawab isu hutang tersebut , UIAM memaklumkan mereka telah melaksanakan sekatan penyerahan transkrip akademik kepada pelajar yang mempunyai tunggakan hutang mulai 14 Mac 2024 dan akan memperkenalkan dasar sifar hutang semasa semester satu sesi pengajian 2024/2025.

LKAN dalam laporan tersebut turut menyentuh bilangan pelajar tempatan dan luar negara yang berdaftar di UIAM adalah kurang berbanding penawaran bagi tempoh 2020 hingga Julai 2023.

Ia melibatkan penawaran bagi peringkat pengajian Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah, dengan hanya 25,939 pelajar tempatan berdaftar daripada 39,322 tawaran dikeluarkan, manakala bagi pelajar luar negara, 1,701 pelajar berdaftar berbanding 3,808 tempat ditawarkan.

“Prestasi pengambilan pelajar kurang memuaskan. Pendaftaran pelajar tempatan dan luar negara hanya mencatatkan 66 peratus dan 44.7 peratus. Justeru, pendapatan daripada yuran pengajian tidak dapat menampung perbelanjaan operasi UIAM,“ menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

UIAM dalam maklum balasnya menyatakan pendaftaran kurang dari penawaran adalah disebabkan calon turut menerima tawaran daripada institusi lain yang menawarkan tajaan biasiswa dalam dan luar negara, manakala peratusan pendaftaran pelajar luar negara yang rendah kerana penularan pandemik COVID.- The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending