Connect with us

Antarabangsa

AS tamat syarat vaksin COVID-19 terhadap pengembara antarabangsa

Rumah Putih mengumumkan 11 Mei sebagai tarikh penamatan syarat vaksin COVID-19 untuk pelancong yang tiba ke Amerika Syarikat (AS) serta kepada kakitangan kerajaan di seluruh negara ekonomi terbesar dunia itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS tamat syarat vaksin COVID-19 terhadap pengembara antarabangsa
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Rumah Putih mengumumkan 11 Mei sebagai tarikh penamatan syarat vaksin COVID-19 untuk pelancong yang tiba ke Amerika Syarikat (AS) serta kepada kakitangan kerajaan di seluruh negara ekonomi terbesar dunia itu.
  • “Syarat ini terpakai bagi semua ketibaan dari luar negara bermula 11 Mei ini, hari yang sama darurat kesihatan awam COVID-19 berakhir,” katanya dalam satu kenyataan.
  • Lebih sejuta orang meninggal dunia akibat COVID-19 di AS.
  • Rumah Putih menyatakan pandemik itu kini sudah hampir dihentikan, mendorong kerajaan menarik balik sekatan sejak penyakit itu melanda seluruh komuniti dan memaksa penutupan hingga melumpuhkan ekonominya.

WASHINGTON: Rumah Putih mengumumkan 11 Mei sebagai tarikh penamatan syarat vaksin COVID-19 untuk pelancong yang tiba ke Amerika Syarikat (AS) serta kepada kakitangan kerajaan di seluruh negara ekonomi terbesar dunia itu.

“Pentadbiran Rumah Putih hari ini mengumumkan akan menamatkan keperluan vaksin COVID-19 untuk pekerja Persekutuan, kontraktor persekutuan dan pengembara antarabangsa.

“Syarat ini terpakai bagi semua ketibaan dari luar negara bermula 11 Mei ini, hari yang sama darurat kesihatan awam COVID-19 berakhir,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Lebih sejuta orang meninggal dunia akibat COVID-19 di AS.

Bagaimanapun, Rumah Putih menyatakan pandemik itu kini sudah hampir dihentikan, mendorong kerajaan menarik balik sekatan sejak penyakit itu melanda seluruh komuniti dan memaksa penutupan hingga melumpuhkan ekonominya.

“Sejak Januari 2021, kematian COVID-19 berkurangan sebanyak 95 peratus dan kemasukan ke hospital menurun hampir 91 peratus.

“Pada peringkat global, kematian COVID-19 berada pada tahap terendah sejak permulaan pandemik pada hujung 2019,” menurut kenyataan itu.

Rumah Putih berkata, keperluan vaksin, menyokong vaksinasi di seluruh negara dan kempen vaksinasi negara yang lebih meluas berjaya menyelamatkan berjuta-juta nyawa.

“Walaupun keperluan menunjukkan bukti vaksinasi COVID-19 untuk warga asing yang menaiki penerbangan ke AS turut dipraktikkan banyak negara lain, arahan kerajaan mewajibkan vaksinasi domestik mencetuskan tindak balas politik sengit di negara sendiri,” katanya.

Selain menamatkan peraturan vaksin, Presiden AS, Joe Biden, bulan lalu mengumumkan beliau secara rasmi menggesa penamatan darurat kesihatan kebangsaan yang berlangsung selama lebih tiga tahun, yang menyokong beberapa siri langkah kerajaan luar biasa.

Ia termasuk pembiayaan mewah untuk ujian dan vaksin COVID-19 percuma di seluruh negara. 

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *