Connect with us

Antarabangsa

AS gesa fesyen gergasi China ‘Shein’ disiasat dakwaan eksploitasi buruh paksa Uighur

Sekumpulan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menggesa jenama fesyen China ‘Shein’ disiasat berhubung dakwaan eksploitasi buruh paksa etnik Uighur dalam pembuatan beberapa pakaian dijualnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

AS gesa fesyen gergasi China 'Shein' disiasat dakwaan eksploitasi buruh paksa Uighur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekumpulan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menggesa jenama fesyen pantas China ‘Shein’ disiasat berhubung dakwaan eksploitasi buruh paksa etnik Uighur dalam pembuatan beberapa pakaian dijualnya.
  • “Kami mempunyai toleransi sifar untuk kerja buruh paksa,” kata Shein kepada BBC.
  • Surat kepada badan pemantau Wall Street dibuat di tengah-tengah jangkaan firma itu yang berkemungkinan menjual sahamnya di AS.
  • Ia menggesa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) memaksa Shein mengaudit secara bebas dan mengesahkan syarikat itu tidak menggunakan buruh paksa Uyghur, sebelum ia dibenar menjual saham di AS.

Sekumpulan penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) menggesa jenama fesyen China ‘Shein’ disiasat berhubung dakwaan eksploitasi buruh paksa etnik Uighur dalam pembuatan beberapa pakaian dijualnya.

“Kami mempunyai toleransi sifar untuk kerja buruh paksa,” kata Shein kepada BBC.

Syarikat itu berkata pada masa ia ini tidak mempunyai rancangan untuk penyenaraian di Wall Street.

Surat kepada badan pemantau Wall Street dibuat di tengah-tengah jangkaan firma itu berkemungkinan menjual sahamnya di AS.

Surat itu ditandatangani dua dozen penggubal undang-undang Republikan dan Demokrat, memetik dakwaan dipercayai “menggunakan tenaga kerja bergaji rendah dan buruh paksa”.

Ia juga menggesa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) untuk memaksa Shein mengaudit secara bebas dan mengesahkan syarikat itu tidak menggunakan buruh paksa Uyghur sebelum ia dibenar menjual saham di AS.

Sebagai tindak balas kepada surat itu, Shein memberitahu BBC; “Kami komited menghormati hak asasi manusia dan mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan dalam setiap pasaran kami beroperasi”.

“Pembekal kami mesti mematuhi kod kelakuan yang ketat sejajar dengan konvensyen teras Pertubuhan Buruh Antarabangsa,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia dan kerajaan barat, termasuk AS dan United Kingdom, menuduh China menggunakan tahanan Uighur, majoriti etnik minoriti Islam sebagai buruh paksa.

Shein – yang diasaskan di Nanjing, China pada 2008 – kini beribu pejabat di Singapura.

Ia telah memenangi hati pembeli muda di AS, UK dan Eropah dengan menghasilkan fesyen pantas dengan lebih laju dan kebiasaannya pada harga lebih murah, berbanding kebanyakan pesaingnya seperti Boohoo atau Asos.

Sebelum ini, firma itu menghadapi dakwaan keadaan kerja yang buruk di mana pekerja didakwa bekerja 75 jam seminggu.

Sumber : BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *