Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi alu-alukan pelawat gay?

Ketika Arab Saudi meneruskan usahanya untuk menarik pelancong, pihak berkuasa di negara itu nampaknya cuba menjangkau bahagian pasaran menguntungkan dengan menarik pelancong LGBTQ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi alu-alukan pelawat gay?
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa di Arab Saudi sedang menjangkau bahagian pasaran yang menguntungkan dengan menarik pelancong LGBTQ ke negara itu.
  • Laman sesawang (website) Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA) mengemas kini bahagian Soal Jawab dengan menyatakan pelawat gay dialu-alukan melawat negara itu.
  • “Semua orang dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi dan pelawat tidak diminta untuk mendedahkan butiran peribadi mereka,” adalah jawapan laman sesawang itu kepada soalan di halaman FAQ: “Adakah pelawat LGBT dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi?”
  • Perbuatan homoseks atau hubungan sejenis adalah satu kesalahan di Arab Saudi.

Ketika Arab Saudi meneruskan usahanya untuk menarik pelancong, pihak berkuasa di negara itu nampaknya cuba menjangkau bahagian pasaran menguntungkan dengan menarik pelancong LGBTQ.

Menurut laporan CNN, laman sesawang Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA) mengemas kini bahagian Soal Jawab dan menyatakan pelawat gay dialu-alukan melawat negara itu.

“Semua orang dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi dan pelawat tidak diminta untuk mendedahkan butiran peribadi mereka,” adalah jawapan laman sesawang itu kepada soalan di halaman FAQ: “Adakah pelawat LGBT dialu-alukan untuk melawat Arab Saudi?”

Namun tidak diketahui dengan tepat bilakah tarikh sebenar laman sesawang STA itu dikemas kini. 

Jurucakap STA berkata dasar itu sebelum ini dilaksanakan tetapi versi arkib laman sesawang pada 14 Mac 2023 dan sebelum ini, tiada soalan dan jawapan terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Out Of Office, Darren Burn, iaitu penyedia pengembaraan mewah untuk kelompok songsang itu, berkata pelancong LGBTQ+ adalah pasaran menguntungkan.

“Penyelidikan menunjukkan mereka membelanjakan lebih banyak wang di destinasi berbanding pasangan heteroseksual dan cenderung mengembara banyak kali dalam setahun,” katanya.

Tanpa lebih banyak jaminan daripada pihak berkuasa, Burn berkata Arab Saudi boleh menjadi ‘jualan’ yang sukar diterima kelompok LGBTQ. 

Menurut Human Rights Watch, hubungan sejenis adalah satu kesalahan di Arab Saudi.

Human Dignity Trust, yang berkempen untuk hak golongan LGBT di seluruh dunia, pula berkata individu trans boleh menghadapi pendakwaan di Saudi.

Sumber: CNN

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *