Connect with us

Terkini

Apakah mempersenda kalimah Allah bukan lagi menjadi kesalahan? – Aminuddin Yahya

Tindakan seorang lelaki didakwa mempersenda penggunaan kalimah Allah dalam satu hantaran di Facebook dilihat antara implikasi penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes kalimah Allah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Apakah mempersenda kalimah Allah bukan lagi menjadi kesalahan? - Aminuddin Yahya
Foto: Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya.
  • Tindakan seorang lelaki didakwa mempersenda penggunaan kalimah Allah dalam satu hantaran di Facebook dilihat antara implikasi penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes kalimah Allah.
  • Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata tindakan individu itu adalah contoh mengapa kesucian kalimah Allah mesti dipelihara dengan cermat dan penuh berhati-hati, sekaligus dipertahankan menjadi hak eksklusif individu Islam.
  • “Akhirnya, undang-undang yang ada untuk menjaga kesucian agama Islam akan terhakis dan melemah melalui ‘trick’ dan ‘loophole’ sebegini. Mungkin inilah yang sering disebut-sebut sebagai ‘floodgate yang telah dibuka’,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
  • Beliau berkata demikian susulan tular di media sosial mengenai ‘posting’ seorang lelaki kononnya berkongsi perbualan di antara individu Sarawak bersama ‘Allah’ di mana doanya hanya akan disambut serta dibenarkan menggunakan kalimah Allah jika dia penduduk Sarawak dan yakin negeri tempatnya berdoa bukan di Semenanjung Malaysia.

KUALA LUMPUR — Tindakan seorang lelaki didakwa mempersenda penggunaan kalimah Allah dalam satu hantaran di Facebook dilihat antara implikasi penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan kes kalimah Allah.

Jurucakap Gagasan Bangsa, Aminuddin Yahaya berkata tindakan individu itu adalah contoh mengapa kesucian kalimah Allah mesti dipelihara dengan cermat dan penuh berhati-hati, sekaligus dipertahankan menjadi hak eksklusif individu Islam.

Tambahan lagi apabila terdapat pihak dengan kuat menuntut penggunaan kalimah Allah dibuka kepada semua agama.

Aminuddin percaya susulan dari tuntutan itu, individu yang ingin menghina Islam pastinya akan bersembunyi di sebalik hujah ‘agama lain’ atau ‘bukan menghina Islam’.

“Akhirnya, undang-undang yang ada untuk menjaga kesucian agama Islam akan terhakis dan melemah melalui ‘trick’ dan ‘loophole’ sebegini. Mungkin inilah yang sering disebut-sebut sebagai ‘floodgate yang telah dibuka’.

“Mungkin inilah juga antara implikasi dan impak terhadap penarikan semula rayuan mahkamah oleh pihak kerajaan secara tidak langsung, di mana akan ada yang mempersenda Islam dalam bentuk yang mereka rasakan ‘kreatif’ sebegini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Foto: Tangkap layar yang tular di Facebook.

Beliau berkata demikian susulan tular di media sosial mengenai ‘posting’ seorang lelaki kononnya berkongsi perbualan di antara individu Sarawak bersama ‘Allah’ di mana doanya hanya akan disambut serta dibenarkan menggunakan kalimah Allah jika dia penduduk Sarawak dan yakin negeri tempatnya berdoa bukan di Semenanjung Malaysia.

Aminuddin berasa terkilan apabila tiada sebarang tangkapan terhadap individu itu walaupun setelah beberapa hari hantaran berkenaan tular dan membangkitkan kemarahan individu Islam.

“Apakah memang tindakan mempersenda kalimah Allah sudah tidak menjadi kesalahan lagi?

“Dari perspektif lain, saya lihat ini juga satu bentuk sindiran dan pertikaian kepada Perdana Menteri yang menyatakan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh Kristian di Sarawak sahaja, tetapi mesti dibuka kepada seluruh Malaysia. Apakah memang itu yang terbuku dalam hati?” katanya.

Aminuddin berkata sekiranya itu yang terbuku di hati individu terbabit, beliau tidak terkejut dengan perkara tersebut.

Ini berikutan, baru-baru ini wakil pimpinan pelbagai agama mengeluarkan kenyataan rasmi menzahirkan hasrat sama sehingga mendesak agar enakmen-enakmen negeri dikaji semula. 

Aminuddin turut meluahkan rasa kecewa kerana masih belum melihat tindakan proaktif dari kerajaan walaupun selepas Sultan Johor bertitah agar kerajaan mengkaji implikasi tindakan menarik semula rayuan itu.

“Siapa bertanggungjawab? Menteri Dalam Negerikah? Menteri agamakah? Masing-masing senyap, sunyi sepi seolah-olah mengabaikan sahaja titah tersebut,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Notis pemberhentian rayuan itu, yang difailkan pada 18 April lalu menyatakan kedua-dua perayu tidak berniat meneruskan notis rayuan dikemukakan pada 12 Mac 2021 dan memberhentikan keseluruhan rayuan di Mahkamah Rayuan tanpa perintah terhadap kos. 

Keputusan kerajaan dan KDN itu bagaimanapun menimbulkan polemik berhubung isu penggunaan kalimah Allah di negara ini. — The Merdeka Times

Sumber: Facebook Aminuddin Yahaya

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *