Antarabangsa
587 rakyat Palestin dibunuh sejak Januari 2018
Kira-kira 587 rakyat Palestin di Israel terbunuh sejak Januari 2018 sehingga hari ini, akibat daripada kadar jenayah yang berleluasa dan tiada sebarang tindakan daripada pihak polis.
- Kira-kira 587 rakyat Palestin di Israel terbunuh sejak Januari 2018 sehingga hari ini, akibat daripada kadar jenayah yang berleluasa dan tiada sebarang tindakan daripada pihak polis.
- Mangsa terbaru, Hisham Al-Atrash dari Hura, maut digilis selepas berlaku pertengkaran keluarga petang Selasa.
- Data Polis Israel bagi tempoh antara 2018 hingga 2022 menunjukkan sebanyak 690 pembunuhan berlaku dalam tempoh empat tahun, termasuk di Baitulmaqdis dan Bukit Golan yang diduduki.
- Seramai 731 orang terbunuh, 70 peratus daripadanya adalah daripada masyarakat Arab, lapor agensi Walla.
TEBING BARAT – Kira-kira 587 rakyat Palestin di Israel terbunuh sejak Januari 2018 sehingga hari ini, akibat daripada kadar jenayah yang berleluasa dan tiada sebarang tindakan daripada pihak polis.
Mangsa terbaru, Hisham Al-Atrash dari Hura, maut digilis selepas berlaku pertengkaran keluarga petang Selasa.
Data Polis Israel bagi tempoh antara 2018 hingga 2022 menunjukkan sebanyak 690 pembunuhan berlaku dalam tempoh empat tahun, termasuk di Baitulmaqdis dan Bukit Golan yang diduduki.
Seramai 731 orang terbunuh, 70 peratus daripadanya adalah daripada masyarakat Arab, lapor agensi Walla.
Data juga menunjukkan bahawa jumlah mangsa Arab hampir tiga kali ganda lebih tinggi daripada masyarakat Yahudi dalam tempoh tersebut.
Sekitar 77 orang termasuk enam wanita dan dua kanak-kanak terbunuh sejak awal tahun ini, sekaligus menjadikan angka kematian kepada 587 dalam tempoh empat tahun setengah.
Data menunjukkan bahawa bandar Arab di mana insiden dan pembunuhan paling ganas berlaku adalah Jisr Al-Zarqa, Tuba Zangariyya, Kafr Yasif, Al-Tira, dan Turan, manakala Tel Aviv, Jaffa, Acre dan Nof Hagalil adalah antara bandar campuran di mana insiden dan pembunuhan paling ganas dilakukan.
Portal itu juga melaporkan bahawa sebanyak 95 peratus pembunuhan dilakukan dengan senjata api, dan polis Israel menunjukkan jumlah kematian orang Arab sehingga 3 Mei 2023 adalah jauh lebih besar daripada jumlah kematian dalam dua tahun lalu secara purata bulanan.
Data itu juga menunjukkan jumlah kematian masyarakat Arab sejak awal tahun meningkat lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu pada 2022.
Sumber: Ismaweb