Connect with us

Terkini

Warga KDN diingatkan tidak berkompromi isu integriti

Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak berkompromi dengan isu integriti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Warga KDN diingatkan tidak berkompromi isu integriti
Foto: Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
  • Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak berkompromi dengan isu integriti.
  • Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata semua ketua jabatan dan agensi bertanggungjawab membuat pemantauan dan sentiasa mengingatkan pegawai dan kakitangan masing-masing agar sentiasa mengamalkan integriti, tidak kira dalam apa jua keadaan. 
  • “Semua warga jabatan dan agensi KDN, ingin saya ingatkan bahawa isu integriti tidak boleh dikompromi dalam menjalankan tugas masing-masing,” katanya.

GEORGE TOWN — Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) diingatkan supaya tidak berkompromi dengan isu integriti.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata semua ketua jabatan dan agensi di bawah kementerian itu bertanggungjawab membuat pemantauan dan sentiasa mengingatkan pegawai dan kakitangan masing-masing agar sentiasa mengamalkan integriti, tidak kira dalam apa jua keadaan.

“Semua warga jabatan dan agensi KDN, ingin saya ingatkan bahawa isu integriti tidak boleh dikompromi dalam menjalankan tugas masing-masing,” katanya ketika berucap dalam Majlis Rahmah Berbuka Puasa Warga KDN di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata sebagai kementerian dan jabatan barisan hadapan, beliau berharap warga KDN dapat meningkatkan lagi komitmen untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat walaupun ketika menjalani ibadah puasa.

Sumber: Bernama

Author