Antarabangsa
Tiga doktor di Guinea dijel kerana rogol seorang gadis
Tiga doktor di Guinea pada Selasa, didapati bersalah atas kematian seorang gadis yang dirogol di hospital dalam kes mengejutkan negara, lapor wartawan AFP.
- Tiga doktor di Guinea pada Selasa, didapati bersalah atas kematian seorang gadis yang dirogol di hospital dalam kes mengejutkan negara.
- Mahkamah Jenayah di pinggir bandar Conakry itu mendapati Daniel Lamah, Patrice Lamah dan Celestin Millimouno bersalah atas tuduhan menyerang, menyebabkan kematian tanpa niat serta pengguguran.
- Millimouno dan Patrice turut disabitkan dengan kesalahan merogol.
- Patrice dan Daniel masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, manakala Millimouno yang masih bebas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.
Conakry: Tiga doktor di Guinea pada Selasa, didapati bersalah atas kematian seorang gadis yang dirogol di hospital dalam kes mengejutkan negara, lapor wartawan AFP.
Mahkamah Jenayah di pinggir bandar Conakry itu mendapati Daniel Lamah, Patrice Lamah dan Celestin Millimouno bersalah atas tuduhan menyerang, menyebabkan kematian tanpa niat serta pengguguran.
Millimouno dan Patrice turut disabitkan dengan kesalahan merogol.
Patrice dan Daniel masing-masing dijatuhi hukuman penjara 15 tahun, manakala Millimouno yang masih bebas dijatuhi hukuman penjara 20 tahun.
Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh itu.
Sementara itu, seorang lagi doktor Sebory Cisse disabitkan kesalahan menyebabkan risiko kepada orang lain.
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama setahun, kata wartawan AFP.
Bagaimanapun, empat pertuduhan menggunakan bahan berbahaya yang dihadapi tertuduh digugurkan.
Kerajaan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, M’Mah Sylla, 25, meninggal dunia pada 2021 di Tunisia, yang mana mangsa dipindahkan untuk rawatan, selepas dirogol di hospital di Guinea.
Kematian Sylla menimbulkan kekecohan di media sosial dan membawa kepada petisyen dalam talian serta penggunaan slogan ‘Keadilan untuk M’Mah Sylla’.
Sumber: Harian Metro