Connect with us

Antarabangsa

Sindiket pemerdagangan manusia di Indonesia umpan mangsa kanak-kanak melalui media sosial

Lima puluh peratus kes pemerdagangan manusia yang direkodkan di Indonesia bagi tempoh 2017 hingga 2022 membabitkan mangsa kanak-kanak, menurut Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Mahfud MD.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sindiket pemerdagangan manusia di Indonesia umpan mangsa kanak-kanak melalui media sosial
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Lima puluh peratus kes pemerdagangan manusia yang direkodkan di Indonesia bagi tempoh 2017 hingga 2022 membabitkan mangsa kanak-kanak”. – Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Mahfud MD.
  • “Sepanjang 2017 hingga 2022, terdapat 2,605 kes pemerdagangan manusia di Indonesia. Daripada jumlah itu, 50.97 peratus membabitkan kanak-kanak sebagai mangsa dan 46.14 peratus lagi adalah wanita,” katanya di sini pada Khamis.
  • Bilangan kes meningkat setiap tahun berikutan perkembangan modus operandi sindiket terutama berkaitan penggunaan media sosial untuk tujuan mengumpan mangsa.

BATAM, KEPULAUAN RIAU: Lima puluh peratus kes pemerdagangan manusia yang direkodkan di Indonesia bagi tempoh 2017 hingga 2022 membabitkan mangsa kanak-kanak, menurut Menteri Koordinator Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Mahfud MD.

“Sepanjang 2017 hingga 2022, terdapat 2,605 kes pemerdagangan manusia di Indonesia. Daripada jumlah itu, 50.97 peratus membabitkan kanak-kanak sebagai mangsa dan 46.14 peratus lagi adalah wanita,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, bilangan kes meningkat setiap tahun berikutan perkembangan modus operandi sindiket terutama berkaitan penggunaan media sosial untuk tujuan mengumpan mangsa.

Memetik laporan antaranews.com, sindiket dalam penempatan haram pekerja asing mempunyai peranan dalam kegiatan ini, justeru pegawai penguat kuasa undang-undang harus meningkatkan pemahaman yang menyeluruh mengenai urusan mengendali penempatan pekerja tanpa izin.

“(Mereka mesti menjejaki) siapa yang menghantar (pekerja), siapa yang menerima mereka, siapa yang mengendalikan urusan imigresen, siapa pegawai imigresen. Mereka membuat senarai, membayar sejumlah wang,” katanya.

Indonesia mengeluarkan Undang-undang Nombor 5 pada 2009 mengenai Pengesahan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Menentang Jenayah Terancang Transnasional dan Undang-undang Nombor 12 pada 2017 mengenai Pengesahan Konvensyen ASEAN bagi menentang Pemerdagangan Orang.

Bagaimanapun, Mahfud berkata, beliau masih belum melihat komitmen dan gerakan sepadu membabitkan kerajaan dan rakyat dalam membanteras pemerdagangan manusia.

Bahagian Siasatan Jenayah (Bareskrim) Polis Indonesia merekodkan 184 kes pemerdagangan manusia pada 2018, 2019 (191 kes), 2020 (383 kes), 2021 (624 kes) dan 528 kes tahun lalu.

Sekurang-kurangnya 85 peratus kes dikesan di kawasan sempadan, kebanyakannya di Sumatera Utara, Kepulauan Riau dan Kalimantan Utara.

Mahfud berkata, kawasan sempadan terdedah kepada penyeludupan pekerja asing Indonesia.

“Ada laluan tikus juga. Namun dalam perbincangan pada rabu, saya dapati ramai daripada mereka menggunakan laluan rasmi dan tidak ada yang memberi lampu kuning (sebarang amaran),” katanya.

Di Kepulauan Riau saja, berdasarkan data bagi tempoh 2021 hingga 2023, terdapat 62 kes penyeludupan manusia membabitkan 118 suspek dan 546 mangsa.

Mahfud berkata, jumlah kes penyeludupan yang tinggi di sempadan disebabkan kurangnya kesedaran orang ramai mengenai migrasi selamat selain kekurangan penguat kuasa untuk memantau kawasan itu.

Katanya, terdapat juga anggota penguat kuasa dan beberapa penduduk yang membantu menyeludup pekerja asing Indonesia.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *