Connect with us

Terkini

Pahang umum RM12.95 juta bantuan khas Aidilfitri

Kerajaan Pahang bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri 2023 berjumlah RM12.95 juta membabitkan lima kategori penerima di negeri ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pahang umum RM12.95 juta bantuan khas Aidilfitri
Foto: Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
  • Kerajaan Pahang bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri 2023 berjumlah RM12.95 juta membabitkan lima kategori penerima di negeri ini.
  • Bantuan tersebut membabitkan lima kategori penerima di Pahang.
  • Kelima-lima ketegori tersebut membabitkan penjawat awam, anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pesara kerajaan Pahang, ibu tunggal miskin dan juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
  • Timbalan Pengerusi JKKKR, Pengerusi JPKKOA dan Tok Batin turut menerima bantuan ini.

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri 2023 berjumlah RM12.95 juta membabitkan lima kategori penerima di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kategori pertama membabitkan bantuan khas RM1,200 kepada setiap penjawat awam negeri Pahang iaitu seramai 8,000 orang.

Katanya, kategori kedua kepada 700 anak yatim yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan menerima RM200 seorang.

“Kategori ketiga pula membabitkan 4,500 pesara kerajaan Pahang yang akan menerima

RM200 seorang manakala kategori keempat RM200 seorang akan diterima 7,000 ibu tunggal miskin.

“Kategori kelima membabitkan bantuan khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang menerima RM500 seorang.

“Timbalan Pengerusi JKKKR, Pengerusi JPKKOA dan Tok Batin turut menerima RM500 seorang manakala RM200 setiap seorang kepada Setiausaha JPKK membabitkan seramai 2,773 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Rosdy berkata, Bantuan Khas Aidilfitri itu membabitkan implikasi kewangan keseluruhan berjumlah RM12,956,900 yang memberi manfaat kepada 22,973 penerima dan akan diberi dalam masa terdekat.

“Saya berharap bantuan khas ini dapat meringankan beban penerima terutama dalam membuat persiapan menjelang sambutan hari raya Aidilfitri,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *