Connect with us

Antarabangsa

Paderi terkenal Kenya dituduh melakukan pembunuhan besar-besaran pengikutnya

Kenya pada Khamis memaklumkan salah seorang paderi berprofil tinggi negara itu akan menghadapi tuduhan atas “pembunuhan besar-besaran” pengikutnya, hanya beberapa hari selepas penemuan berpuluh-puluh mayat dalam kubur besar dikaitkan dengan gereja lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Paderi terkenal Kenya dituduh melakukan pembunuhan besar-besaran pengikutnya
Foto: Lokasi penemuan berpuluh-puluh mayat dalam kubur besar.
  • Kenya pada Khamis memaklumkan salah seorang paderi berprofil tinggi negara itu menghadapi tuduhan atas “pembunuhan besar-besaran” pengikutnya, hanya beberapa hari selepas penemuan berpuluh-puluh mayat dalam kubur besar dikaitkan dengan gereja lain.
  • Penangkapan Odero bertepatan penyiasatan terhadap pemimpin kultus, Paul Mackenzie Nthenge yang dituduh membunuh lebih 100 mangsa, majoritinya kanak-kanak, di hutan berhampiran bandar pantai Malindi.
  • Seorang mubaligh kaya raya yang mempunyai pengikut ramai – salah satu gerejanya di selatan Malindi boleh memuatkan 40,000 orang dan saluran YouTubenya mempunyai setengah juta pelanggan – Odero menyifatkan dirinya sebagai “individu pilihan Tuhan”.
  • Pada perhimpunan meganya yang dihadiri puluhan ribu penganut, mubaligh itu menjual botol air “suci” dan sisa kain dengan harga 100 syiling (75 sen) yang didakwanya boleh menyembuhkan semua jenis penyakit, termasuk HIV.

Kenya pada Khamis memaklumkan salah seorang paderi berprofil tinggi negara itu akan menghadapi tuduhan atas “pembunuhan besar-besaran” pengikutnya, hanya beberapa hari selepas penemuan berpuluh-puluh mayat dalam kubur besar dikaitkan dengan gereja lain.

Ketua Pusat Doa dan Gereja Kehidupan Baharu (New Life Prayer Centre and Church), Ezekiel Odero “ditangkap dan dalam proses menghadapi tuduhan jenayah berkaitan pembunuhan besar-besaran pengikutnya”, kata Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki dalam satu kenyataan.

“Gereja tersebut telah ditutup. Lebih 103 orang bersembunyi di premis itu dipindahkan dan dikehendaki merekodkan kenyataan,” kata Kindiki.

Penangkapan Odero bertepatan dengan penyiasatan terhadap pemimpin kultus, Paul Mackenzie Nthenge yang dituduh membunuh lebih 100 individu, majoritinya kanak-kanak, di hutan berhampiran bandar pantai Malindi.

Bekas pemandu teksi itu dituduh memberitahu pengikut Good News International Church bahawa kelaparan menawarkan jalan kepada Tuhan dan penemuan ngeri itu mengejutkan negara majoriti Kristian terbabit.

Seramai 11 lagi mayat digali pada Khamis, menjadikan 109 jumlah kematian, kata beberapa laporan media Kenya dengan memetik pihak polis.

Bagaimanapun, polis tidak mengaitkan dua kes itu dan pihak berkuasa tidak memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan terhadap Odero atau gerejanya yang berpusat di Malindi.

Dengan memakai pakaian serba putih dan memegang sebuah Bible, nelayan yang berubah menjadi pendakwah itu tersenyum melihat kamera ketika dia dipindahkan dari Malindi ke ibu pejabat polis di bandar pelabuhan Mombasa untuk disoal siasat.

Seorang mubaligh kaya raya yang mempunyai pengikut ramai – salah satu gerejanya di selatan Malindi boleh memuatkan 40,000 orang dan saluran YouTubenya mempunyai setengah juta pelanggan – Odero turut menyifatkan dirinya sebagai “individu pilihan Tuhan”.

Pada perhimpunan meganya yang dihadiri puluhan ribu penganut, mubaligh itu menjual botol air “suci” dan sisa kain dengan harga 100 syiling (75 sen) yang didakwanya boleh menyembuhkan semua jenis penyakit, termasuk HIV.

Sumber : AFP News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *