Antarabangsa
Lapangan Terbang Jeddah sediakan pengangkutan awam percuma untuk jemaah umrah
General Syndicate of Cars (GSC) menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah, bagi membawa jemaah umrah secara percuma.
- General Syndicate of Cars (GSC) menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah bagi membawa jemaah umrah secara percuma.
- Jemaah perlu terlebih dulu menerima pas masuk bas yang akan membawa mereka ke tempat letak kereta Kudai dan kemudiannya ke Masjidil Haram di Makkah.
- Ketua Pengarah GSC, Osama Samkari, berkata jumlah perjalanan sepanjang Ramadan mencecah 13 kekerapan berturut-turut dari lapangan terbang ke Masjidil Haram.
- Bas akan mula bertolak dari lapangan terbang pada jam 3 petang hingga 3 pagi, manakala perjalanan berlepas dari Makkah akan bermula dari jam 4 petang hingga 4 pagi.
- Perkhidmatan itu bertujuan membolehkan jemaah bergerak dengan pengangkutan awam ke Masjidil Haram dan mengurangkan kesesakan serta kepadatan di kawasan pusat.
JEDDAH: General Syndicate of Cars (GSC) menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah, bagi membawa jemaah umrah secara percuma.
Bagaimanapun, jemaah perlu terlebih dulu menerima pas masuk bas yang akan membawa mereka ke tempat letak kereta Kudai dan kemudiannya ke Masjidil Haram di Makkah.
Ketua Pengarah GSC, Osama Samkari, berkata jumlah perjalanan sepanjang Ramadan mencecah 13 kekerapan berturut-turut dari lapangan terbang ke Masjidil Haram.
Perjalanan dibuat setiap hari dan setiap jam dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Terdapat juga 12 perjalanan berlepas dari Makkah yang bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Osama mengesahkan bilangan perjalanan dalam tempoh 10 hari terakhir Ramadan akan ditambah, selain meminda masa berlepas perjalanan bas seiring peningkatan ketara jumlah penerbangan yang tiba di lapangan terbang dan masa solat Tahajjud.
Bas akan mula bertolak dari lapangan terbang pada jam 3 petang hingga 3 pagi, manakala perjalanan berlepas dari Makkah akan bermula dari jam 4 petang hingga 4 pagi.
Perkhidmatan itu bertujuan membolehkan jemaah bergerak dengan pengangkutan awam ke Masjidil Haram dan mengurangkan kesesakan serta kepadatan di kawasan pusat.
Ia akan memudahkan jemaah melaksanakan ibadah dengan selesa dan lancar dengan pelbagai pilihan. – AGENSI
Sumber: Berita Harian