Connect with us

Antarabangsa

Kerana salah alamat, seorang remaja lelaki kulit hitam ditembak

Polis Missouri di Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat insiden melibatkan seorang remaja lelaki berkulit hitam yang ditembak sebanyak dua kali dengan sengaja oleh seorang individu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerana salah alamat, seorang remaja lelaki kulit hitam ditembak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Missouri di Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat insiden melibatkan seorang remaja lelaki berkulit hitam ditembak sebanyak dua kali dengan sengaja oleh seorang individu.
  • Ketika kejadian, Ralph Yarl ingin menjemput dua adiknya, namun dilaporkan memasuki kawasan kejiranan yang salah dan kemudian ditembak.
  • Identiti suspek belum dikenal pasti, namun peguam hak asasi manusia yakin bahawa suspek merupakan individu berkulit putih.
  • Kes juga dianggap mempunyai kaitan dengan isu perkauman.

MISSOURI: Polis Missouri di Amerika Syarikat (AS) sedang menyiasat insiden melibatkan seorang remaja lelaki berkulit hitam yang ditembak sebanyak dua kali dengan sengaja oleh seorang individu.

Ketika kejadian, Ralph Yarl ingin menjemput dua adiknya, namun dilaporkan memasuki kawasan kejiranan yang salah dan kemudian ditembak.

Peguam Daerah Clay, Zachary Thompson memaklumkan sedang bekerjasama dengan polis untuk menilai kes ini dan menentukan sama ada suspek yang menembak Yarl akan dituduh.

Yarl, 16, dilaporkan dalam keadaan stabil namun butiran lain mengenai keadaannya tidak didedahkan.

Remaja itu tiba di rumah tersebut tanpa membawa telefon bimbit dan dikatakan keliru dengan alamat.

Ketika ingin menjemput adiknya, Yarl memasuki ke dalam kawasan rumah yang salah dan berhenti di sebuah rumah.

Ketika dia mengetuk pintu, pemilik rumah membuka pintu mengusirnya dan menembaknya di kepala.

Satu lagi tembakan dilepaskan sewaktu Yarl sedang rebah.

Remaja itu masih mampu berlari ke rumah jiran untuk meminta bantuan.

Identiti suspek masih belum dikenal pasti, namun peguam hak asasi manusia yakin bahawa suspek merupakan individu berkulit putih.

Kes juga dianggap mempunyai kaitan dengan isu perkauman.

Insiden ini mendapat perhatian besar terutama dalam kalangan golongan kulit hitam yang menyifatkan ianya insiden perkauman.

Polis Missouri sedang menyiasat kes tersebut dengan menyeluruh.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *