Antarabangsa
Kecewa pemimpin lambat tunai solat Aidilfitri
Sejumlah penduduk di Sumatera Selatan meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa barisan pemimpin wilayah itu yang tiba lewat untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri kelmarin.
- Sejumlah penduduk di Sumatera Selatan meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa pemimpin wilayah itu yang tiba lewat menunaikan solat sunat Aidilfitri.
- Ribuan jemaah membanjiri Masjid Sultan Mahmud Badaruddin I Jayo Wikramo dan kawasan lapang sekitar Jambatan Ampera seawal pukul 6.00 pagi (waktu tempatan) namun kesal dengan tindakan pemimpin tidak menepati masa ketika menunaikan kewajipan beribadat bersama penduduk.
- “Pegawai kerajaan dan pemimpin yang dikenali harus menunjukkan tauladan yang baik tetapi mereka datang lewat. Jemaah yang datang awal malah terpaksa menunggu berjam-jam pula. Tidak sepatutnya perkara sebegini boleh terjadi,” – Penduduk, Agung Dalian.
- Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru yang tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada penduduk berhubung insiden itu.
PALEMBANG: Sejumlah penduduk di Sumatera Selatan meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa barisan pemimpin wilayah itu yang tiba lewat untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri kelmarin.
Lapor Kompas.com, ribuan jemaah membanjiri Masjid Sultan Mahmud Badaruddin I Jayo Wikramo dan kawasan lapang sekitar Jambatan Ampera seawal pukul 6.00 pagi (waktu tempatan) namun kesal dengan tindakan pemimpin yang tidak menepati masa ketika menunaikan kewajipan beribadat bersama penduduk.
Seorang penduduk, Agung Dalian menerusi akaun TikToknya berkata, ramai yang mengeluh dan hairan bagaimana pegawai masih belum tiba di masjid selepas pukul 8.00 pagi ketika ramai jemaah teruja untuk bersolat bersama selepas tiga tahun tidak dapat menunaikannya akibat pandemik Covid-19.
“Pegawai kerajaan dan pemimpin yang dikenali harus menunjukkan tauladan yang baik tetapi mereka datang lewat. Jemaah yang datang awal malah terpaksa menunggu berjam-jam pula. Tidak sepatutnya perkara sebegini boleh terjadi,” katanya.
Dalam pada itu, Agung turut kecewa dengan Gabenor Sumatera Selatan, Herman Deru yang tidak membuat sebarang permohonan maaf kepada penduduk berhubung insiden itu.
Malah lebih dikesalkan, pemimpin itu sempat membuat ucapan panjang yang membuatkan solat bertambah lewat.

“Sudahlah datang lewat, ceramah pula hingga empat orang, sampai ucapan terakhir dari Herman melebihi pukul 8.00 pagi sepatutnya waktu mula solat. Apa salahnya berucap sahaja selepas solat.
“Kalau boleh pegawai dan pemimpin datanglah lebih awal. Kerana waktu solat, kita menghadap Tuhan. Mengapa perlu menunggu pula, kita kan sama-sama hamba Allah SWT,” tambah Agung.
Sumber: Utusan Malaysia