Connect with us

Antarabangsa

Indonesia dakwa mi segera, indomie berperisa ‘ayam istimewa’ selamat

Pengawal selia makanan Indonesia semalam berkata, produk popular daripada salah satu jenama mi segera terbesar dunia adalah selamat untuk dimakan di negaranya meskipun ia ditarik semula di Taiwan dan Malaysia, ekoran kebimbangan mengenai kandungan bahan karsinogenik.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Indonesia dakwa mi segera, indomie berperisa 'ayam istimewa' selamat
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengawal selia makanan Indonesia berkata, produk popular daripada salah satu jenama mi segera terbesar dunia selamat untuk dimakan di negaranya meskipun ia ditarik semula di Taiwan dan Malaysia, ekoran kebimbangan mengenai kandungan bahan karsinogenik.
  • Taiwan pada Isnin lalu menarik balik jenama Indomie berperisa ‘ayam istimewa’ yang juga mi segera popular Indonesia yang dihasilkan oleh Indofood CBP.
  • Ia susulan penemuan kesan etilena oksida karsinogenik, yang boleh meningkatkan risiko kanser.
  • Malaysia pada Rabu pula mengarahkan pemeriksaan ke atas mi segera yang sama di semua pintu masuk dan meminta Indofood menarik balik produk itu.

Jakarta: Pengawal selia makanan Indonesia semalam berkata, produk popular daripada salah satu jenama mi segera terbesar dunia adalah selamat untuk dimakan di negaranya meskipun ia ditarik semula di Taiwan dan Malaysia, ekoran kebimbangan mengenai kandungan bahan karsinogenik.

Taiwan pada Isnin lalu menarik balik jenama Indomie berperisa ‘ayam istimewa’ yang juga mi segera popular Indonesia yang dihasilkan oleh Indofood CBP.

Ia susulan penemuan kesan etilena oksida karsinogenik, yang boleh meningkatkan risiko kanser.

Malaysia pada Rabu pula mengarahkan pemeriksaan ke atas mi segera yang sama di semua pintu masuk dan meminta Indofood menarik balik produk itu.

Bagaimanapun, agensi makanan dan ubat-ubatan Indonesia (BPOM) pula berkata, produk yang terdapat di Indonesia adalah selamat untuk dimakan kerana ia memenuhi piawaian keselamatannya.

Mereka menggesa Indofood CBP memastikan produknya tidak mengandungi paras etilena oksida yang tinggi.

Terdahulu, badan pemerhati pengguna Indonesia dan ahli parlimen kanan dalam jawatankuasa kesihatan parlimen menggesa BPOM untuk meneliti produk itu.

Indofood CBP, unit pengeluar makanan berbungkus Indofood Sukses Makmur, mempunyai lebih daripada 20 kemudahan pengeluaran di seluruh dunia dan mi segeranya boleh didapati di lebih 100 negara.

Syarikat itu berkata, jualan luar negara produk CBP Indofood pada 2022, yang termasuk barangan tenusu dan makanan ringan, menyumbang kepada 29 peratus daripada jumlah jualannya sebanyak 5.9 bilion dolar Singapura (kira-kira RM19 bilion).

Indofood CBP bagaimanapun enggan mengulas isu itu semalam, malah syarikat induknya juga tidak menjawab ulasan ketika diminta.

Indofood sebelum ini dipetik media tempatan sebagai berkata, produk itu mematuhi piawaian pengawal selia, di dalam dan di negara pengimport.

Sementara itu, seorang pegawai kementerian perdagangan Indonesia, Budi Santoso berkata kepada pemberita bahawa Indomie di Indonesia adalah selamat.

“Peraturan Taiwan ‘sangat sensitif, berbeza dengan kami’,” katanya.

Etilena oksida ialah gas toksik, tidak berwarna dan tidak berbau yang digunakan terutamanya untuk mensterilkan peralatan perubatan dan rempah ratus.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *