Connect with us

Antarabangsa

Gereja kritik ‘sekatan berat’ Israel pada sambutan Easter di Baitulmaqdis Timur

Gereja Ortodoks Yunani pada Rabu mengecam ‘sekatan berat’ Israel terhadap kebebasan beribadah ketika gereja itu membuat persiapan sambutan Easter di Baitulmaqdis Timur.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gereja kritik 'sekatan berat' Israel pada sambutan Easter di Baitulmaqdis Timur
Foto: Jemaah Kristian memegang lilin berkumpul semasa upacara Api Suci di Gereja Holy Sepulchre.
  • Gereja Ortodoks Yunani pada Rabu mengecam ‘sekatan berat’ Israel terhadap kebebasan beribadah ketika gereja itu membuat persiapan sambutan Easter di Baitulmaqdis Timur.
  • Polis Israel berkata sekatan itu diperlukan untuk keselamatan ketika perayaan ‘Holy Fire’  pada Sabtu di tapak suci abad ke-12, Gereja Purba Holy Sepulchre di mana menurut kepercayaan Kristian, ia merupakan tempat Jesus disalib, dikebumikan dan dibangkitkan. 
  • Memetik laporan Aljazeera, pihak berkuasa Israel mendakwa langkah itu berkait dengan keganasan yang berlaku di Kota Lama yang diserbu polis Israel di Baitulmaqdis, baru-baru ini. 

Gereja Ortodoks Yunani pada Rabu mengecam ‘sekatan berat’ Israel terhadap kebebasan beribadah ketika gereja itu membuat persiapan sambutan Easter di Baitulmaqdis Timur.

Polis Israel berkata sekatan itu diperlukan untuk keselamatan ketika perayaan ‘Holy Fire’  pada Sabtu di tapak suci abad ke-12, Gereja Purba Holy Sepulchre di mana menurut kepercayaan Kristian, ia merupakan tempat Jesus disalib, dikebumikan dan dibangkitkan. 

Memetik laporan Aljazeera, pihak berkuasa Israel mendakwa langkah itu berkait dengan keganasan yang berlaku di Kota Lama yang diserbu polis Israel di Baitulmaqdis, baru-baru ini. 

Namun ramai pemimpin Kristian mengatakan tidak perlu mengubah upacara yang  diadakan selama berabad-abad itu. 

Mereka juga percaya ini adalah sebahagian daripada dasar Israel yang berterusan untuk menghalau rakyat Palestin keluar dari tanah air mereka.

Setiap tahun, polis Israel mengehadkan bilangan jemaah yang boleh menghadiri perayaan Kristian, termasuk upacara ‘Holy Fire’, tanpa mengira keadaan keselamatan.

“Mereka mengunci kuarters Kristian dan Armenia pada Sabtu dan hampir tidak membenarkan orang lain masuk ke bandar kecuali tiket yang dikeluarkan polis untuk Holy Fire,” kata paderi kepada Ketua Biskop Anglikan Yerusalem, Donald Binder.

“Kristian ialah agama terbesar di dunia, namun orang Kristian dijauhkan dari kawasan kota suci itu pada hari paling suci bagi mereka,” katanya.

Bulan lalu, pihak gereja di seluruh Baitulmaqdis mendakwa “beberapa tahun lalu sebilangan gereja kami, iaitu tempat perarakan pengebumian dan tempat perhimpunan awam menjadi sasaran serangan” dengan beberapa upacara “ditutup daripada ribuan orang ahli ibadah”. 

Sumber: Aljazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *