Connect with us

Antarabangsa

Dana merosot, ICRC kurangkan 1,500 pekerjaan

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memaklumkan akan mengurangkan kira-kira 1,500 pekerjaan dan menilai semula operasi di beberapa lokasi ekoran peruntukan untuk bantuan kemanusiaan dijangka berkurangan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dana merosot, ICRC kurangkan 1,500 pekerjaan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memaklumkan akan mengurangkan kira-kira 1,500 pekerjaan dan menilai semula operasi di beberapa lokasi ekoran peruntukan untuk bantuan kemanusiaan dijangka berkurangan.
  • Organisasi berpangkalan di Geneva itu menjelaskan lembaga pentadbirnya minggu lalu hanya meluluskan 430 juta CHF (RM2.09 bilion) sepanjang 2023 dan awal 2024.
  • “Kira-kira 1,500 pekerjaan di seluruh dunia akan terpaksa dikurangkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.
  • “Sekurang-kurangnya 20 daripada 350 lokasi di seluruh dunia pada masa ini akan ditutup. Contohnya, kawasan itu boleh diliputi oleh pejabat ICRC lain atau di mana rakan kongsi kemanusiaan lain boleh mengambil alih,” kata ICRC dalam satu kenyataan.

GENEVA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memaklumkan akan mengurangkan kira-kira 1,500 pekerjaan dan menilai semula operasi di beberapa lokasi ekoran peruntukan untuk bantuan kemanusiaan dijangka berkurangan.

Organisasi yang berpangkalan di Geneva itu menjelaskan lembaga pentadbirnya minggu lalu hanya meluluskan 430 juta CHF (RM2.09 bilion) sepanjang 2023 dan awal 2024.

“Kira-kira 1,500 pekerjaan di seluruh dunia akan terpaksa dikurangkan dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Sekurang-kurangnya 20 daripada 350 lokasi di seluruh dunia pada masa ini akan ditutup. Contohnya, kawasan itu boleh diliputi oleh pejabat ICRC lain atau di mana rakan kongsi kemanusiaan lain boleh mengambil alih.

“Kami juga akan mengurangkan dan membatalkan beberapa program kami,” kata ICRC dalam satu kenyataan semalam.

ICRC berkata, beberapa komitmen penderma pada akhir tahun tidak dapat dicapai seperti dihasratkan dan kos itu lebih tinggi daripada yang dirancang pada suku terakhir 2022.

Ditubuhkan pada 1863, ICRC menyediakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa konflik bersenjata.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *