Connect with us

Terkini

BERNAS salur RM20 juta lagi untuk pesawah di empat negeri

Padi beras Nasional Bhd (BERNAS) menyalurkan sumbangan RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

BERNAS salur RM20 juta lagi untuk pesawah di empat negeri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Padi beras Nasional Bhd (BERNAS) menyalurkan sumbangan RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.
  • KPKM dalam kenyataan semalam, berkata pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah itu akan memanfaatkan 81,153 orang pesawah berdaftar di negeri berkenaan.
  • Pembayaran sumbangan itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.
  • Ia adalah sumbangan BERNAS sebanyak RM60 juta kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Disember tahun lalu.

PUTRAJAYA: Padi beras Nasional Bhd (BERNAS) menyalurkan sumbangan RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

KPKM dalam kenyataan semalam, berkata pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah itu akan memanfaatkan 81,153 orang pesawah berdaftar di negeri berkenaan.

Katanya, pembayaran sumbangan itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.

“Pesawah di negeri-negeri lain akan menerima bantuan khas itu pada peringkat seterusnya selepas baki sumbangan disalurkan oleh BERNAS kelak,” katanya.

Sebelum ini, sebanyak RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun lalu dan diagihkan kepada tiga negeri di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia adalah sumbangan BERNAS sebanyak RM60 juta kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Disember tahun lalu.

Bantuan itu juga adalah tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan Perdana Menteri pada 29 Mac lalu. 

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *