Antarabangsa
Bekas guru besar lakukan serangan seksual terhadap dua murid perempuan
Seorang bekas guru besar didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah Yahudi di Australia.
- Ia berlaku di sebuah sekolah Yahudi di Australia.
- Beliau didapati bersalah selepas melarikan diri ke Israel kira-kira 15 tahun lalu.
- Juri mendapati, Malka Leifer bersalah atas 18 pertuduhan termasuk rogol dan serangan seksual, manakala membebaskannya daripada sembilan pertuduhan lain.
- Selepas perbicaraan selama tujuh minggu, juri akhirnya mendapati Leifer bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua pelajar itu dalam beberapa siri insiden antara 2003 dan 2007.
MELBOURNE: Seorang bekas guru besar didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah sekolah Yahudi di Australia.
Beliau didapati bersalah selepas melarikan diri ke Israel kira-kira 15 tahun lalu.
Juri mendapati, Malka Leifer bersalah atas 18 pertuduhan termasuk rogol dan serangan seksual manakala membebaskannya daripada sembilan pertuduhan lain.
Leifer adalah pengetua Sekolah Adass Israel di Melbourne apabila dia pertama kali dituduh pada 2008 melakukan serangan seksual terhadap murid perempuannya.
Sebelum penahanannya, Leifer melarikan diri ke Israel sehingga mencetuskan pertempuran mahkamah yang berlarutan yang merangkumi lebih 70 perbicaraan ekstradisi.
Beliau yang juga ibu kepada lapan anak itu akhirnya dibawa pulang ke Australia pada 2021 dan dibicarakan pada Februari tahun ini.
Selepas perbicaraan selama tujuh minggu, juri akhirnya mendapati Leifer bersalah melakukan serangan seksual terhadap dua pelajar itu dalam beberapa siri insiden antara 2003 dan 2007. – AFP
Sumber: Berita Harian