Connect with us

Terkini

Waris Sulu akan guna pelbagai cara tuntut aset negara

Kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menggunakan pelbagai cara untuk menuntut aset negara yang terdedah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Waris Sulu akan guna pelbagai cara tuntut aset negara
Foto: Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • Kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menggunakan pelbagai cara untuk menuntut aset negara yang terdedah.
  • Ia dapat dilihat bila kumpulan berkenaan cuba guna platform timbang tara komersial antarabangsa (forum shopping) dengan sasarkan aset terlibat. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • “Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta tidak akan berhenti berusaha untuk lindungi, memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa,” kata Azalina.

KUALA LUMPUR – Kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu akan menggunakan pelbagai cara untuk menuntut aset negara yang terdedah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia dapat dilihat apabila kumpulan berkenaan cuba menggunakan platform timbang tara komersial antarabangsa (forum shopping) dengan mensasarkan aset terlibat.

“Mereka guna ‘forum shopping’ sebab rasa aset Malaysia boleh kacau. Saya bagi contoh sahaja bukan ada kes, macam-macam (aset) boleh jadi sasaran.

“Kalau tengok dokumentari CNA (Channel News Asia) mengenai Lahad Datu (Sabah), yang saya rasa pelik bila mereka datang dari Mindanao (Filipina), mereka pergi ke Sabah sebab nak tengok tanah. Soalan saya, kenapa masuk negara lain tanpa cop pasport (dan) kenapa bawa senjata. Maknanya ada niat menceroboh,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai isu tuntutan waris Sulu bersama ahli Dewan Rakyat di bangunan Parlimen pada Selasa.

Sebelum ini Azalina dilapor berkata, Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu selepas Mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu mengetepikan perintah penahanan yang dimohon oleh pewaris berkenaan.

Waris Kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 billion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Dalam pada itu Azalina menegaskan, segala tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut terhadap aset-aset Malaysia tidak mempunyai asas perundangan yang kukuh.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkenaan dan akan berusaha menghentikan tuntutan berkenaan menerusi pelbagai cara dan kuasa.

“Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap aspek kedaulatan dan keselamatan serta tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi, memelihara kepentingan dan kedaulatan Malaysia pada setiap masa.

“Kerajaan akan terus mengambil segala tindakan yang perlu bagi menghentikan tuntutan waris Sultan Sulu dengan menggunakan segala kuasa, hak dan sumber yang ada.

“Semua ahli Parlimen tidak mengira pegangan politik diharap akan bekerjasama dengan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada apa juga tuntutan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *