Connect with us

Antarabangsa

Universiti Afghanistan dibuka semula, wanita masih dilarang belajar

Pelajar lelaki mula kembali ke kelas semalam selepas universiti di Afghanistan dibuka semula selepas cuti musim sejuk, namun golongan wanita tetap dilarang untuk belajar oleh pihak berkuasa Taliban.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Universiti Afghanistan dibuka semula, wanita masih dilarang belajar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pelajar lelaki mula kembali ke kelas semalam selepas universiti di Afghanistan dibuka semula selepas cuti musim sejuk, namun golongan wanita tetap dilarang untuk belajar oleh pihak berkuasa Taliban.
  • “Ini adalah diskriminasi jantina terhadap golongan wanita kerana Islam membenarkan kita melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tiada siapa yang harus menghalang kita daripada belajar,” kata seorang penduduk, Rahela, 22, dari wilayah tengah Ghor.
  • Beberapa pegawai Taliban berkata, larangan pendidikan wanita adalah sementara dan walaupun sudah berjanji mereka masih gagal membuka semula sekolah menengah untuk wanita yang kini sudah ditutup selama lebih setahun.
  • Realitinya menurut sumber beberapa pegawai Taliban ialah ulama ultra konservatif, Hibatullah Akhundzada yang menasihati pemimpin tertinggi negara itu kerana dia didakwa sangat meragui pendidikan moden untuk wanita.

KABUL: Pelajar lelaki mula kembali ke kelas semalam selepas universiti di Afghanistan dibuka semula selepas cuti musim sejuk, namun golongan wanita tetap dilarang untuk belajar oleh pihak berkuasa Taliban.

Larangan universiti adalah satu daripada beberapa sekatan dikenakan ke atas wanita sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos 2021 dan ia mencetuskan kemarahan global, termasuk di seluruh dunia Islam.

“Sungguh menyayat hati melihat budak lelaki pergi ke universiti, sedangkan kami terpaksa tinggal di rumah.

“Ini adalah diskriminasi jantina terhadap golongan wanita kerana Islam membenarkan kita melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Tiada siapa yang harus menghalang kita daripada belajar,” kata seorang penduduk, Rahela, 22, dari wilayah tengah Ghor.

Kerajaan Taliban mengenakan larangan itu selepas menuduh pelajar wanita mengabaikan kod berpakaian dengan memakai pakaian ketat serta syarat untuk ditemani oleh saudara lelaki ke dan dari kampus.

Kebanyakan universiti sebelum ini sudah memperkenalkan pintu masuk dan bilik darjah berbeza jantina serta hanya membenarkan pelajar diajar oleh profesor wanita atau lelaki tua.

Malah, beberapa pegawai Taliban juga berkata, larangan pendidikan wanita adalah sementara dan walaupun sudah berjanji mereka masih gagal membuka semula sekolah menengah untuk wanita yang kini sudah ditutup selama lebih setahun.

Mereka mengeluarkan pelbagai alasan penutupan itu, termasuk kekurangan dana atau masa yang diperlukan untuk merombak sukatan pelajaran mengikut landasan Islam.

Namun, realitinya menurut sumber beberapa pegawai Taliban ialah ulama ultra konservatif, Hibatullah Akhundzada yang menasihati pemimpin tertinggi negara itu kerana dia didakwa sangat meragui pendidikan moden untuk wanita.

Sejak mengambil alih kuasa, Taliban dikesan terus menekan wanita daripada kehidupan awam.

Wanita disingkirkan daripada banyak pekerjaan kerajaan atau hanya dibayar sebahagian kecil daripada gaji lama.

Mereka juga dilarang pergi ke taman, pameran, gim dan tempat mandi awam, malah perlu menutup muka di khalayak ramai.

Kumpulan hak asasi juga mengecam sekatan yang digelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘apartheid berasaskan jantina’.

Masyarakat antarabangsa kini menjadikan hak pendidikan untuk wanita sebagai titik teguh dalam rundingan mengenai bantuan dan pengiktirafan rejim Taliban.

Namun, setakat ini tiada negara secara rasmi yang mengiktiraf kerajaan Taliban.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *