Connect with us

Antarabangsa

Tuntut pengharaman kumpulan Hindutva, Ulama Islam dikenakan tahanan rumah

Seorang ulama Islam, yang ditahan polis Uttar Pradesh kerana didakwa membuat kenyataan menghasut, dikenakan tahanan rumah selepas menyeru penyokongnya berarak ke Delhi menuntut pengharaman pertubuhan Hindutva, kata seorang pegawai kanan pada 15 Mac lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tuntut pengharaman kumpulan Hindutva, Ulama Islam dikenakan tahanan rumah
Foto: Ketua Majlis Ittehad-e-Millat, Maulana Tauqeer Raza.
  • Ketua Majlis Ittehad-e-Millat, Maulana Tauqeer Raza dan tiga rakannya dikenakan hukuman itu pada malam 14 Mac lalu selama tiga hari di mana tempoh penahanan akan dilanjutkan jika berkeperluan, kata Majistret Daerah Shivakant Dwivedi.
  • Majistret Bareilly City, Renu Singh berkata Raza tidak mendapatkan kebenaran melakukan perarakan dan hanya maklumkan kepada pegawai kanan mengenainya.
  • Raza mengumumkan rancangan memulakan ‘tiranga yatra’ dari Bareilly ke Delhi pada Rabu bagi menyerahkan memorandum kepada Presiden India, Droupadi Murmu untuk meminta pengharaman organisasi Hindutva.
  • Ulama itu mendakwa kebencian terhadap umat Islam semakin meningkat dan masjid serta madrasah perlu dilindungi.

Seorang ulama Islam, yang ditahan polis Uttar Pradesh kerana didakwa membuat kenyataan menghasut, dikenakan tahanan rumah selepas menyeru penyokongnya berarak ke Delhi menuntut pengharaman pertubuhan Hindutva, kata seorang pegawai kanan pada 15 Mac lalu.

Ketua Majlis Ittehad-e-Millat, Maulana Tauqeer Raza dan tiga rakannya dikenakan hukuman itu pada malam Selasa selama tiga hari selepas insiden hasutan itu dengan tempoh penahanan akan dilanjutkan jika berkeperluan, kata Majistret Daerah Shivakant Dwivedi. 

Majistret Bareilly City, Renu Singh berkata Raza tidak mendapatkan kebenaran untuk melakukan perarakan dan hanya memaklumkan kepada pegawai kanan mengenai rancangan itu. 

Polis berkata Raza dan rakan-rakannya ditahan berdasarkan maklumat diberikan agensi perisikan berhubung undang-undang dan ketenteraman, lapor Rediff. com.

Raza sebelum ini mengumumkan rancangan untuk memulakan ‘tiranga yatra’ dari Bareilly ke Delhi pada Rabu bagi menyerahkan memorandum kepada Presiden India, Droupadi Murmu untuk meminta pengharaman organisasi Hindutva.

Ulama itu mendakwa kebencian terhadap umat Islam semakin meningkat dan masjid serta madrasah perlu dilindungi.

Sumber: Rediff.com

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *