Connect with us

Terkini

Sistem pendidikan harus diteliti semula elak keciciran pelajar

Isu lebih 24,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menduduki peperiksaan SPM harus diteliti dari segala aspek bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam pelajaran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Sistem pendidikan harus diteliti semula elak keciciran pelajar
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Isu lebih 24,000 calon SPM tidak menduduki peperiksaan SPM harus diteliti dari segala aspek bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam pelajaran.
  • Sudah tiba masa untuk sistem pendidikan negara diteliti semula dengan mengambil kira keadaan persekitaran pelajar. – Wakil Kempen Tiada.Guru, Fiqah Roslan 
  • Di Sabah, masalah kemudahan infrastruktur dan jarak ke sekolah seringkali menjadi faktor yang menyebabkan jumlah kehadiran pelajar di sekolah luar bandar agak rendah, katanya.
  • Data menunjukkan daripada 407,097 calon mendaftar untuk menduduki SPM, seramai 70,455 atau 17 peratus calon SPM dikategorikan sebagai calon SPM yang keciciran. Daripada jumlah itu, 24,941 calon tidak menghadiri peperiksaan berkenaan.

KOTA KINABALU: Isu lebih 24,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menduduki peperiksaan SPM harus diteliti dari segala aspek bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam pelajaran.

Jumlah itu agak tinggi dan ia memberi gambaran lebih ramai golongan muda bakal bekerja dalam bidang bukan profesional pada masa akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Wakil Kempen Tiada.Guru, Fiqah Roslan berkata, sudah tiba masa untuk sistem pendidikan negara diteliti semula dengan mengambil kira keadaan persekitaran pelajar.

Jika dilihat di Sabah, masalah kemudahan infrastruktur dan jarak ke sekolah seringkali menjadi faktor yang menyebabkan jumlah kehadiran pelajar di sekolah luar bandar agak rendah.

“Realitinya ramai pelajar terutama di kawasan luar bandar terpaksa meninggalkan sekolah kerana perlu bekerja untuk bantu menyara keluarga.

“Malah, banyak keluarga tidak mampu menanggung perbelanjaan persekolahan anak-anak terutamanya mereka yang mempunyai ramai anak,” katanya.

Fiqah berkata, mungkin sudah tiba masanya untuk menstrukturkan semula silibus pembelajaran supaya bersifat lebih inklusif.

“Kita sedia maklum keadaan pelajar di Sabah amat berbeza berbanding dengan negeri lain.

“Justeru, kita memerlukan pendekatan yang unik dan khusus bersesuaian dengan keadaan di sini,” katanya.

Menurut beliau, silibus pendidikan yang sedia ada berkonsepkan ‘satu saiz muat semua’ sudah jelas tidak ideal kerana pelajar di setiap kawasan mempunyai keperluan dan cabaran yang berbeza.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Pensyarah Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad menyatakan isu keciciran dalam SPM membimbangkan.

Berdasarkan data diperoleh, daripada 407,097 calon yang mendaftar untuk menduduki SPM, seramai 70,455 atau 17 peratus calon SPM dikategorikan sebagai calon SPM yang keciciran.

Daripada jumlah itu, 24,941 calon tidak menghadiri peperiksaan berkenaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author