Connect with us

Terkini

RUU warga emas dijangka dibentang tahun depan – Timbalan Menteri

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas bagi melindungi golongan secara menyeluruh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

RUU warga emas dijangka dibentang tahun depan – Timbalan Menteri
Foto: Timbalan Menteri KPWKM, Aiman Athirah Sabu.
  • Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas bagi melindungi golongan secara menyeluruh.
  • Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata RUU itu dijangka dibacakan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada tahun hadapan.
  • “Antara kandungan akta tersebut ialah pertama melindungi kebajikan warga emas, kedua melindungi hak asasi warga emas, ketiga memperkasakan warga emas, keempat memperkasakan ahli-ahli keluarga dan komuniti.
  • “Kelima mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk warga emas dan keenam bagi mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk penjaga.
  • “Usaha perwujudan Akta Warga Emas ini merupakan salah satu langkah kementerian dalam menangani penuaan atau negara tua dijangka tahun 2030 dengan pendekatan yang dapat mengharmonikan semua pihak,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini bagi pertanyaan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) mengenai isu berkaitan.

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang merangka Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas bagi melindungi golongan secara menyeluruh.

Timbalan Menterinya, Aiman Athirah Sabu berkata, pihaknya menjangkakan RUU itu akan dibacakan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, tahun hadapan.

“Antara kandungan akta tersebut ialah pertama melindungi kebajikan warga emas, kedua melindungi hak asasi warga emas, ketiga memperkasakan warga emas, keempat memperkasakan ahli-ahli keluarga dan komuniti.

“Kelima mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk warga emas dan keenam bagi mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk penjaga.

“Usaha perwujudan Akta Warga Emas ini merupakan salah satu langkah kementerian dalam menangani penuaan atau negara tua dijangka tahun 2030 dengan pendekatan yang dapat mengharmonikan semua pihak.

“Selain itu, ia juga sebagai persediaan negara ke arah mencapai status negara tua khususnya pada tahun 2030,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) sama ada kementerian berhasrat memperkenalkan undang-undang mewajibkan potongan gaji anak yang menghantar ibu bapa mereka di pusat jagaan atau rumah jagaan warga emas di negara ini.

Aiman Athirah berkata, KPWKM juga akan meneliti kesesuaian undang-undang ini terhadap anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa bagi memastikan kesedaran masyarakat umum mengenai kepentingan menjaga warga emas meningkat.

Katanya, pihak kementerian juga menyambut baik cadangan memperkenalkan undang-undang yang mewajibkan potongan gaji anak menghantar ibu bapa ke pusat jagaan sekiranya mereka berkemampuan.

“Namun, bagi yang tidak berkemampuan, KPWKM telah melaksanakan pelbagai inisiatif secara menyeluruh bagi memelihara kebajikan warga emas yang ada dalam negara ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author