Antarabangsa
Polis punca tragedi stadium di Malang, dihukum penjara 18 bulan
Mahkamah di Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap seorang pegawai polis kerana kelalaian hingga menyebabkan satu daripada tragedi stadium paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia.
- Mahkamah di Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap seorang pegawai polis kerana kelalaian hingga menyebabkan satu daripada tragedi stadium paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia.
- Kejadian tahun lalu di bandar Malang telah mengorbankan 135 orang termasuk 40 kanak-kanak selepas kekalahan 3-2 Arema FC di tangan seteru utama dari Jawa Barat, Persebaya Surabaya.
- Ketika penyokong menceroboh padang di Stadium Kanjuruhan, polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan orang ramai berasak-asak untuk menyelamatkan diri.
- “(Mahkamah) menjatuhkan hukuman terhadap defendan, Hasdarmawan, satu setengah tahun.” – Hakim Abu Achmad Sidqi Amsya di mahkamah dekat Surabaya, ibu kota Jawa Barat
- “Defendan gagal menjangka situasi yang sebenarnya agak senang diramal. Ada pilihan untuk tidak melepaskan tembakan (gas pemedih mata) bagi membalas keganasan penyokong.”
SURABAYA, Indonesia: Mahkamah di Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap seorang pegawai polis kerana kelalaian hingga menyebabkan satu daripada tragedi stadium paling buruk dalam sejarah bola sepak dunia.
Kejadian tahun lalu di bandar Malang telah mengorbankan 135 orang termasuk 40 kanak-kanak selepas kekalahan 3-2 Arema FC di tangan seteru utama dari Jawa Barat, Persebaya Surabaya.
Ketika penyokong menceroboh padang di Stadium Kanjuruhan, polis melepaskan gas pemedih mata menyebabkan orang ramai berasak-asak untuk menyelamatkan diri.
Hasdarmawan yang juga komander unit briged bergerak polis Jawa Barat telah dijatuhkan hukuman penjara hari ini selama satu tahun 6 bulan.
“(Mahkamah) menjatuhkan hukuman terhadap defendan, Hasdarmawan, satu setengah tahun.
“Defendan gagal menjangka situasi yang sebenarnya agak senang diramal. Ada pilihan untuk tidak melepaskan tembakan (gas pemedih mata) bagi membalas keganasan penyokong,” kata hakim Abu Achmad Sidqi Amsya di mahkamah dekat Surabaya, ibu kota Jawa Barat.
Hukuman berkenaan lebih pendek berbanding tiga tahun seperti diminta pendakwa raya.
Terdahulu, Hasdarmawan menafikan dia mengarahkan anggotanya melepaskan gas pemedih mata kepada penyokong.
Memakai baju berwarna putih dan pelitup muka, Hasdarmawan mendengar dengan teliti penghakiman dan hukuman dijatuhkan terhadapnya dan dia mempunyai tempoh tujuh hari untuk membuat rayuan. – AFP
Sumber: Utusan Malaysia