Connect with us

Antarabangsa

Lelaki India kahwin lari dengan menantu sendiri, tinggalkan cucu berusia enam bulan

Seorang lelaki di India kahwin lari dengan menantu perempuannya dan kedua-duanya meninggalkan suami wanita itu dan cucunya berusia enam bulan. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki India kahwin lari dengan menantu sendiri, tinggalkan cucu berusia enam bulan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki bernama Pawan Vairagi memfailkan aduan terhadap bapanya kerana melarikan diri dengan isterinya. 
  • Bapanya dikenali sebagai Ramesh Vairagi jatuh cinta dengan isterinya dan dibawa lari bersama. 
  • Insiden itu berlaku di daerah Bundi di Rajasthan. Lelaki itu menyatakan bahawa dia tinggal di kampung kerana bekerja.

RAJASTHAN – Seorang lelaki di India kahwin lari dengan menantu perempuannya dan kedua-duanya meninggalkan suami wanita itu dan cucunya berusia enam bulan. 

Kejadian aneh dilaporkan Times Now itu berlaku di Kampung Silor daerah Bundi, India.

Ia didedahkan selepas pengadu, Pawan Vairagi memfailkan aduan di Balai Polis Sadar terhadap bapanya, Ramesh Vairagi yang kahwin lari bersama isteri Pawan.

Difahamkan Pawan mempunyai seorang anak perempuan berusia enam bulan bersama isterinya itu dan tinggal jauh dari kampung disebabkan tuntutan pekerjaan.

Pengadu memaklumkan bapanya juga mencuri kenderaan dua roda miliknya selain kahwin lari dengan isterinya.

Pengadu juga mendakwa polis tidak mengambil serius ke atas kesnya. 

Menjawab tuduhan Pawan, Pegawai Stesen, Sadar Arvind Bhardwaj berkata mereka sedang meneliti kes itu. 

Polis berkata mereka sedang berusaha mencari pasangan itu yang melarikan diri bersama-sama dengan kenderaan dua roda Pawan yang dicuri.

Namun pihak kolis tidak berkongsi atau mendedahkan sebarang butiran lokasi pasangan itu. Walaupun kejadian ini sukar dihadam untuk mana-mana pihak, tetapi terdapat kes serupa berlaku sebelum ini. 

Di daerah Sirohi Rajasthan, seorang ibu mertua berusia 40 tahun jatuh cinta dengan menantunya. Kedua-duanya melarikan diri selepas menyebabkan bapa mentua mabuk.

Sumber: Times Now

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *