Connect with us

Terkini

Lebih 1,000 kanak-kanak ditahan di depot Imigresen

Seramai 1,179 anak pendatang tanpa izin (Pati) ditahan di depot imigresen di seluruh negara sehingga 29 Januari lalu, dedah Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lebih 1,000 kanak-kanak ditahan di depot Imigresen
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 1,179 anak pendatang tanpa izin (Pati) ditahan di depot imigresen di seluruh negara sehingga 29 Januari lalu.
  • Kanak-kanak tersebut antara 15,845 Pati yang ditahan di depot imigresen.
  • “Daripada jumlah itu, seramai 2,683 adalah wanita”. – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Seramai 1,179 anak pendatang tanpa izin (Pati) ditahan di depot imigresen di seluruh negara sehingga 29 Januari lalu, dedah Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, kanak-kanak tersebut antara 15,845 Pati yang ditahan di depot imigresen.

“Daripada jumlah itu, seramai 2,683 adalah wanita,” katanya di Dewan Rakyat.

Saifuddin mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) berhubung usaha kementerian itu menangani pelancong asing tinggal lebih masa.

Saifuddin turut mendedahkan kumpulan terbesar Pati yang ditahan adalah warga Filipina berjumlah 5,138 orang.

Ini diikuti warga Myanmar, termasuk Rohingya dengan 4,424 tahanan, manakala Indonesia kumpulan ketiga terbesar seramai 4,097 orang.

Katanya, Jabatan Imigresen menahan 3,129 Pati dan 34 majikan antara Januari hingga 8 Feb.

Tahun lalu, seramai 22,804 Pati dan 371 majikan ditahan jabatan itu.

Kementerian Dalam Negeri sebelum ini dikritik selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan mengenai kebajikan 36 kanak-kanak di depot tahanan Lenggeng di Negeri Sembilan.

Kanak-kanak itu antara 67 warga Indonesia yang ditahan dalam satu serbuan di sebuah penempatan haram di Nilai Spring pada 1 Feb lalu.

Saifuddin berkata, kanak-kanak yang ditahan di depot tahanan akan ditempatkan di bawah jagaan organisasi yang khusus dalam kebajikan kanak-kanak.

Sumber: Free Malaysia Today

Author