Connect with us

Antarabangsa

Kes taun meningkat di Syria selepas gempa bumi

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang situasi di Syria ekoran kes jangkitan wabak taun meningkat mendadak selepas kejadian gempa bumi dahsyat pada 6 Februari lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes taun meningkat di Syria selepas gempa bumi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ketua Hal Ehwal Manusia PBB, Martin Griffiths berkata, kesan gempa bumi itu memburukkan lagi landskap kemanusiaan yang sudah teruk di Syria.
  • “Risiko penyakit semakin meningkat dan menularkan wabak taun yang sedia ada.
  • “Apatah lagi, harga makanan, kos isi rumah dan barangan keperluan lain naik lebih tinggi,” katanya.
  • Beliau berkata, tindakan perlu diambil untuk memulihkan air minuman kepada penduduk bagi menangani ancaman taun daripada menular di seluruh Syria.

GENEVA, 8 Syaaban 1444H, Rabu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang situasi di Syria ekoran kes jangkitan wabak taun meningkat mendadak selepas kejadian gempa bumi dahsyat pada 6 Februari lalu.

Ketua Hal Ehwal Manusia PBB, Martin Griffiths berkata, impak gempa bumi itu memburukkan lagi landskap kemanusiaan yang sudah teruk di Syria.

“Risiko penyakit semakin meningkat dan menularkan wabak taun yang sedia ada.

“Apatah lagi, harga makanan, kos isi rumah dan barangan keperluan lain naik lebih tinggi,” katanya.

Griffiths berkata, tindakan perlu segera diambil untuk memulihkan air minuman kepada penduduk di rantau itu bagi menangani ancaman taun daripada menular di seluruh Syria.

Di Syria, Griffiths berkata, ratusan bangunan kekal berisiko runtuh dengan ribuan di bandar Aleppo berpotensi dirobohkan.

“Ramai orang sudah tentu takut untuk kembali ke rumah mereka yang belum disahkan selamat,” katanya.

Lebih 50,000 nyawa terkorban di Turkiye dan Syria berikutan gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 serta 7.6 magnitud sehingga menyebabkan kerosakan besar di seluruh wilayah itu.- Agensi

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *