Connect with us

Terkini

Kerajaan tiada kuasa kawal harga makanan siap dimasak – Rafizi

Kerajaan mengakui tiada kuasa untuk mengawal kenaikan harga makanan yang sudah siap dimasak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan tiada kuasa kawal harga makanan siap dimasak - Rafizi
Foto: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
  • Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ini kerana harga makanan yang sudah dimasak tidak termaktub dalam Akta Kawalan Harga.
  • “Akta Kawalan Harga hanya membolehkan kerajaan mengawal bahan-bahan mentah tertentu contohnya minyak masak paket.”
  • “Secara ekonomi, mengawal harga makanan yang sudah dimasak tidak dibuat oleh mana mana kerajaan dalam dunia,” katanya, hari ini pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan ke mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, di sini.

KUALA SELANGOR: Kerajaan mengakui tiada kuasa untuk mengawal kenaikan harga makanan yang sudah siap dimasak.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata ini kerana harga makanan yang sudah dimasak tidak termaktub dalam Akta Kawalan Harga.

“Akta Kawalan Harga hanya membolehkan kerajaan mengawal bahan-bahan mentah tertentu contohnya minyak masak paket.

“Secara ekonomi, mengawal harga makanan yang sudah dimasak tidak dibuat oleh mana mana kerajaan dalam dunia,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan sesi lawatan ke mesin layan diri Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat.

Pada program itu, UiTM Puncak Alam dipilih sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama yang melancarkan mesin layan diri IPR.

Mengulas mengenai mesin layan diri IPR, Rafizi berkata, inisiatif Kementerian Ekonomi dari segi dasar ialah menggalakkan persaingan harga yang lebih baik.

“Kita cuba buktikan menerusi mesin layan diri IPR yang mana kita membantu dari segi kos bukan bahan mentah iaitu sewa, elektrik, pekerja dan sebagainya.

“Dengan harga makanan murah, ia bukan sahaja membantu pembeli, tetapi juga mewujudkan persaingan yang sihat dan menghantar isyarat kepada peniaga lain.

“Kalau kenaikan harga terus berlaku, lama lama lebih banyak inisiatif ini dibuat di seluruh negara. Maksudnya akan ada tekanan berkaitan persaingan daripada peniaga lain kerana harga lebih murah,” katanya.

Rafizi berkata, untuk jangka masa sederhana dan panjang beliau merasakan persaingan harga seperti itu lebih bersepadu untuk mengekang inflasi.

“Saya dah tengok pecahan inflasi untuk Februari yang akan diumumkan minggu depan.

“Insya-Allah, maksudnya sedikit demi sedikit dasar dan program seperti yang dibuat ini sudah mula menunjukkan kesan walaupun sedikit dalam tempoh yang pendek,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author