Connect with us

Terkini

Didakwa di mahkamah, Muhyiddin tidak perlu letak jawatan parti

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak perlu meletak jawatan dalam parti diterajuinya walaupun dijangka didakwa di mahkamah, esok.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Didakwa di mahkamah, Muhyiddin tidak perlu letak jawatan parti
Foto: Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  • Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris menegaskan perkara itu berkata, beliau juga percaya kepimpinan parti tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan susulan perkembangan ketika ini.
  • “Tidak munasabah untuk beliau meletak jawatan. Kalau beliau hendak meletak jawatan pun kita tidak setuju,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
  • Beliau menekankan, barisan kepimpinan parti tidak akan benarkan Muhyiddin lepaskan jawatan, sama ada sebagai Presiden BERSATU mahupun Pengerusi PN, kerana kes dihadapinya didakwa adalah pertuduhan politik.

PUTRAJAYA: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak perlu meletak jawatan dalam parti diterajuinya walaupun dijangka didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris ketika menegaskan perkara itu berkata, beliau juga percaya kepimpinan parti tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan susulan perkembangan ketika ini.

“Tidak munasabah untuk beliau meletak jawatan. Kalau beliau hendak meletak jawatan pun kita tidak setuju,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau menekankan, barisan kepimpinan parti tidak akan membenarkan Muhyiddin melepaskan jawatan, sama ada sebagai Presiden BERSATU mahupun Pengerusi Perikatan Nasional (PN), kerana kes dihadapinya didakwa adalah pertuduhan politik.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh, kini berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, dan dijangka didakwa di mahkamah, esok.

Terdahulu, beliau tiba pada jam 11.18 pagi tadi dengan menaiki Toyota Alphard sebelum turun di hadapan Ibu Pejabat SPRM dan berjalan.

Bekas Perdana Menteri itu dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan sut hitam serta berseluar hitam.

Kehadiran beliau itu dipercayai berkaitan siasatan SPRM berhubung program Jana Wibawa.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *