Connect with us

Terkini

CPTPP tidak beri kesan negatif kepada pertanian negara

Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang diratifikasi Malaysia pada 30 September tahun lalu, tidak memberi impak negatif terhadap sektor pertanian negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

CPTPP tidak beri kesan negatif kepada pertanian negara
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • CPTPP sebaliknya jamin hak dan kepentingan petani tempatan kerana ia satu perjanjian perdagangan bebas (FTA) ditandatangani Malaysia yang iktiraf isu keterjaminan makanan. – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong
  • “Kerajaan berhak laksanakan larangan sementara eksport bagi produk barangan makanan supaya ia mencukupi untuk kegunaan rakyat.”
  • “Dakwaan bahawa perjanjian ini tidak benarkan kerajaan laksanakan larangan eksport makanan asas seperti ayam, adalah tidak benar.”
  • “Perjanjian CPTPP tidak jejaskan program bantuan kerajaan, termasuk pemberian subsidi kepada pertanian untuk tujuan eksport,” katanya

KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang diratifikasi Malaysia pada 30 September tahun lalu, tidak memberi impak negatif terhadap sektor pertanian negara.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong, berkata CPTPP sebaliknya menjamin hak dan kepentingan petani tempatan kerana ia adalah satu-satunya perjanjian perdagangan bebas (FTA) ditandatangani Malaysia yang mengiktiraf isu keterjaminan makanan.

Menerusi perjanjian itu, beliau berkata, kerajaan berhak melaksanakan larangan sementara eksport bagi produk barangan makanan supaya ia mencukupi untuk kegunaan rakyat.

“Dakwaan bahawa perjanjian ini tidak membenarkan kerajaan melaksanakan larangan eksport makanan asas seperti ayam, adalah tidak benar.

“Selain itu, perjanjian CPTPP tidak akan menjejaskan program bantuan kerajaan, termasuk pemberian subsidi kepada pertanian untuk tujuan eksport,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Che Alias Hamid (PN-Kemaman) yang meminta kerajaan menyatakan pendirian berhubung isu CPTPP yang jelas memberi impak kepada sektor pertanian negara.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *