Connect with us

Antarabangsa

Pendatang Israel mengamuk, bakar kediaman dan kereta warga Palestin di Nablus

Pendatang Israel menyerang perkampungan warga Palestin di utara Tebing Barat selepas dua warganya ditembak mati penembak Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pendatang Israel mengamuk, bakar kediaman dan kereta warga Palestin di Nablus
Gambar bangunan terbakar di hawara.
  • Pendatang Israel menyerang perkampungan warga Palestin di utara Tebing Barat selepas dua warganya ditembak mati.
  • Insiden itu susulan pembunuhan dua beradik warga Israel di lebuh raya berdekatan.
  • Insiden berlaku selepas pegawai Palestin dan rejim Israel membuat perjanjian meredakan ketegangan pada sidang kemuncak di Jordan.
  • Perdana Menteri Palestin, Mahmous Abbas berkata kerajaan Israel bertanggungjawab atas apa yang dipanggil “keganasan yang dilakukan pendatang Israel di bawah perlindungan tenteranya”.

NABLUS – Pendatang Israel menyerang perkampungan warga Palestin di utara Tebing Barat selepas dua warganya ditembak mati penembak Palestin.

Berpuluh-puluh kediaman dan kereta turut dibakar, menurut seorang pegawai tempatan.

BBC melaporkan insiden itu berlaku susulan pembunuhan dua beradik warga Israel, dari penempatan berdekatan, di lebuh raya.

Tentera rejim Israel berkata mereka dalam usaha mencari warga Palestin yang menembak Hillel Yaniv, 22, dan Yagel Yaniv, 20, dan menghantar beberapa ratus tentera lagi dalam usaha pencarian itu.

Insiden itu berlaku selepas pegawai Palestin dan Israel membuat perjanjian untuk meredakan ketegangan pada sidang kemuncak di Jordan.

Beberapa video selepas sidang kemuncak itu menunjukkan pendatang Israel memasuki perkampungan Hawara di selatan Nablus, dan menyalakan api serta membaling batu.

Pegawai Palestin, Ghassan Daghlas memberitahu agensi berita Wafa bahawa 30 rumah telah rosak disebabkan batu-batuan atau dibakar di Hawara dan 15 kenderaan turut dibakar.

Perdana Menteri Palestin, Mahmous Abbas berkata kerajaan Israel bertanggungjawab atas apa yang dipanggil “keganasan yang dilakukan oleh pendatang Israel di bawah perlindungan tenteranya”.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan meminta rakyatnya bertenang dan membenarkan tentera Israel untuk fokus mencari penembak berkenaan.

Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *