Connect with us

Terkini

Pakistan sekat Wikipedia untuk jaga sentimen umat Islam

Pengawal selia media Pakistan menyekat perkhidmatan Wikipedia di negara itu kerana menyakiti sentimen Muslim dengan tidak mengalih kandungan yang dikatakan menghina agama daripada laman web itu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

Pakistan sekat Wikipedia untuk jaga sentimen umat Islam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pakistan menyekat perkhidmatan Wikipedia di negara itu kerana menyakiti sentimen Muslim dengan tidak mengalih kandungan yang dikatakan menghina agama daripada laman web itu.
  • The Pakistan Telecommunication Authority berkata Wikipedia disekat kerana jangka masa 48 jam yang diberi untuk mengeluarkan konten itu diabaikan – Jurucakap.
  • Pakistan dalam perbincangan bersama Wikipedia dan sekatan itu akan ditarik balik jika platform tersebut menurunkan semua kandungan anti-Islam.
  • Laman web itu kembali beroperasi selepas beberapa jam atas arahan Perdana Menteri Shahbaz Sharif.

 

Islamabad: Pengawal selia media Pakistan menyekat perkhidmatan Wikipedia di negara itu kerana menyakiti sentimen Muslim dengan tidak mengalih kandungan yang dikatakan menghina agama daripada laman web itu. 

Pengkritik mengecam tindakan Islamabad, mengatakan ia adalah satu pencabulan kepada hak digital.

Di bawah undang-undang cacian Pakistan, mana-mana pihak yang didapati bersalah menghina Islam atau tokoh-tokohnya boleh disabit dengan hukuman mati, walaupun ianya belum pernah dilaksanakan.

The Pakistan Telecommunication Authority berkata Wikipedia disekat kerana jangka masa 48 jam yang diberi untuk mengeluarkan konten itu diabaikan, menurut seorang jurucakap. 

“Perkara sebegitu akan menyakiti sentimen Muslim,” kata Malahat Obaid, salah seorang pengawal selia.

Tambahnya, Pakistan kini sedang dalam perbincangan bersama Wikipedia dan sekatan itu akan ditarik balik jika platform tersebut menurunkan semua kandungan anti-Islam.

Menteri Penerangan Pakistan, Marriyum Aurangzeb berkata laman web itu kembali beroperasi selepas beberapa jam atas arahan Perdana Menteri Shahbaz Sharif dan disambut baik rakyat negara tersebut.

 

Sumber: AP News 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *