Connect with us

Terkini

Kelantan peruntuk subsidi tahunan lebih RM360,000 bekalan air percuma rumah ibadah

Kerajaan negeri memperuntukkan subsidi berjumlah RM369,562 setahun bagi membekalkan air secara percuma untuk rumah ibadah susulan tarif baharu diwartakan oleh kerajaan persekutuan berkuatkuasa 1 Ogos tahun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kelantan peruntuk subsidi tahunan lebih RM360,000 bekalan air percuma rumah ibadah
Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan negeri Kelantan memperuntukkan subsidi berjumlah RM369,562 setahun bagi membekalkan air secara percuma untuk rumah ibadah susulan tarif baharu diwartakan Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa 1 Ogos tahun lalu.
  • Subsidi itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 7 September tahun lalu. – Kenyataan Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB)
  • “Pemberian percuma itu menerusi subsidi kepada pengguna Tarif E yang merupakan pengguna bagi rumah ibadat,” katanya.

KOTA BHARU: Kerajaan negeri memperuntukkan subsidi berjumlah RM369,562 setahun bagi membekalkan air secara percuma untuk rumah ibadah susulan tarif baharu diwartakan oleh kerajaan persekutuan berkuatkuasa 1 Ogos tahun lalu.

Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) dalam satu kenyataan hari ini berkata, subsidi itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 7 September tahun lalu.

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menanggung segala kos berkaitan tarif baharu tersebut agar rumah ibadat kekal menikmati bekalan air terawat secara percuma.

“Pemberian percuma itu menerusi subsidi kepada pengguna Tarif E yang merupakan pengguna bagi rumah ibadat,” katanya.

AKSB memberitahu, pihaknya berharap pengguna dan pengurusan rumah ibadat dapat berjimat cermat semasa menggunakan air.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *