Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Kecelaruan LGBT, ‘Suami’ lahirkan anak

Pasangan transgender dari Kerala, India yang sebelum ini tular di media sosial, kini bergelar ibu bapa apabila si ‘suami’ melahirkan bayi pada 8 Februari lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Kecelaruan LGBT, 'Suami' lahirkan anak
Foto: Zahad (kiri), Ziya Payal (kanan).
  • Ziya Payal, 21, dan Zahad, 23, ialah pasangan transgender dari Kerala, India yang sedang melalui proses perubatan ubah jantina.
  • Zahad si ‘suami’ yang merupakan wanita mahu menjadi lelaki mengandung dan melahirkan bayi pada 8 Februari lalu.
  • Mereka berhenti menjalani terapi hormon, namun akan disambung semula selepas si suami itu bersalin.

Pasangan transgender dari Kerala, India yang sebelum ini tular di media sosial, kini bergelar ibu bapa apabila si ‘suami’ melahirkan bayi pada 8 Februari lalu.

 Ziya Payal, 21 dan Zahad, 23, ialah pasangan transgender yang sedang melalui proses penukaran jantina asal.

 Memetik laporan BBC, mereka memutuskan untuk menimang zuriat satu setengah tahun lalu iaitu ketika masing-masing dalam fasa peralihan jantina berbeza.

 Ziya adalah lelaki yang mahu menjadi wanita dan ‘isteri’, manakala Zahad pula adalah sebaliknya.

 Memandangkan rahim dan ovari Zahad yang juga si ‘suami’ masih belum dibuang, mereka memutuskan untuk berhenti menjalani terapi hormon.

 Menurut nasihat doktor mereka, terapi itu akan disambung semula selepas Zahad si ‘suami’ bersalin.

 Pasangan songsang itu bertemu tiga tahun lalu selepas masing-masing tidak diterima keluarga akibat keputusan mereka untuk mengubah jantina.

  Pasangan songsang dari Kerala, India itu mengumumkan kelahiran bayi mereka di Instagram minggu lalu.

 Sumber: BBC

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *