Connect with us

Terkini

Gereja Anglikan Malaysia, Singapura tidak iktiraf perkahwinan sama jantina

Kepimpinan Gereja Anglikan di Asia Tenggara terdiri yang daripada Uskup Malaysia dan Singapura pada 18 Februari lalu mengeluarkan Surat Pastoral yang menyatakan mereka “amat kecewa” dengan tindakan Gereja England membenarkan paderi untuk memberkati perkahwinan sejenis baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ziera Adurah

Published

on

Gereja Anglikan Malaysia, Singapura tidak iktiraf perkahwinan sama jantina
Foto: Gereja St Andrew di Singapura (kiri), Gereja St. George di Pulau Pinang (kanan).
  • Kepimpinan Gereja Anglikan Malaysia dan Singapura mengeluarkan Surat Pastoral yang menyatakan mereka “amat kecewa” dengan tindakan Gereja England membenarkan paderi untuk memberkati perkahwinan sejenis.
  • Memandangkan Gereja Anglikan bersifat autonomi, keputusan Gereja England tidak akan memberi kesan kepada amalan Anglikan di rantau ini.
  • Kami sangat kecewa dengan keputusan Gereja England dan menyatakan dengan jelas bahawa perkahwinan sejenis tidak mempunyai asas, kerana Bible mengajar perkahwinan adalah antara seorang lelaki dan seorang wanita – Pemimpin Gereja Anglikan di Asia Tenggara.

Kepimpinan Gereja Anglikan di Asia Tenggara terdiri yang daripada Uskup Malaysia dan Singapura pada 18 Februari lalu mengeluarkan Surat Pastoral yang menyatakan mereka “amat kecewa” dengan tindakan Gereja England membenarkan paderi untuk memberkati perkahwinan sejenis baru-baru ini.

Memandangkan Gereja Anglikan bersifat autonomi, keputusan Gereja England tidak akan memberi kesan kepada amalan Anglikan di rantau ini, kata surat itu yang ditandatangani Uskup Sabah Melter Jiki Tais, yang merupakan Primat Gereja Anglikan di Asia Tenggara; Uskup Kuching Datuk Danald Jute; Uskup Singapura Dr Titus Chung Khiam Boon; dan Uskup Semenanjung Malaysia, Dr Steven Abbarow.

“Kata-kata yang digunakan dalam khidmat gereja perlu mengikut Skriptur. Keberkatan seperti itu melanggar prinsip teologi,” tegas pemimpin gereja terbabit. “Sebagai satu wilayah, kami akan kekal taat kepada pengajaran Skriptur.”

Pada 9 Februari lalu, Sinode Am Gereja England, selepas menerima 250 undi kepada 181 undi, membenarkan pasangan sejenis untuk datang ke gereja selepas perkahwinan sivil “untuk mendedikasikan hubungan mereka kepada Tuhan dan menerima berkat Tuhan”, walaupun mereka tidak lagi memanjangkan perkhidmatan perkahwinan gereja kepada pasangan sejenis.

Dalam responnya pada Sabtu lalu, pemimpin Gereja Anglikan di Asia Tenggara berkata: “Kami sangat kecewa dengan keputusan Gereja England dan menyatakan dengan jelas bahawa perkahwinan sejenis tidak mempunyai asas kerana Bible mengajar perkahwinan adalah antara seorang lelaki dan seorang wanita.”

Keputusan mereka turut mendapat sokongan daripada pemimpin Gereja Anglikan di Afrika, seperti Ketua Uskup Stephen Samuel Kaziimba Mugalu dari Uganda, yang mengeluarkan kenyataan panjang menentang keputusan England.

“Gereja England telah terpisah daripada ajaran Bible dan mesej mereka adalah sebaliknya,” katanya. “Mereka bahkan menawar untuk memberkati dosa itu. Itu salah. Sebagai Gereja Uganda, kami tidak boleh menerimanya. Tuhan tidak memberkati dosa.”

Sumber: salt & light

Author